Monday, August 8, 2011

RAMADHAN INI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


Hampir beberapa bulan sudah berlalu. Semangat untuk berblog saya seperti angin, kencang tetapi tidak wujud secara lahiriah. Tidak pasti apa yang hilang dari diri, yang pasti saya rasa kehilangan...hilang idea, hilang semangat (bukan 100% yang pastinya). Mujurlah semangat Damba CintaMU masih membugar, insyaALLAH. Hanya padaNYA dimohon kekuatan untuk semua yang telah, sedang dan akan saya lalui dalam perjalanan yang masih berbaki di bumiNYA ini.





Kembali mendepani cabaran suka-duka di Kota Metropolitan setelah saya berusaha dan berjanji pada diri untuk menabur bakti pada tanah kelahiran tercinta. ALLAH Maha Tahu, Maha Merancang, Maha Menentukan. Saya bisa merangka perancangan untuk diri sendiri, namun seluruh jasad, fikiran dan segala yang bersangkutan dengan dengan diri seorang Narumi Hayashida adalah milik ALLAH, Pencipta saya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini. Air mata gembira dan duka silih berganti, namun insyaALLAH semua itu akan sentiasa menguatkan ketahanan seorang Narumi Hayashida.




Hari ini, 8 Ramadhan 1432H, syukur padaNYA kerana masih diberi ruang untuk bernafas dan merasai Bulan penuh Rahmat dan Barakah, Bulan Ibadah dan 1001 ganjaran yang telah ALLAH janjikan buat hambaNYA yang ingin menggali hikmah dan ganjaran disebaliknya. Setiap kali Ramadhan, pasti ada hamba ALLAH yang pergi sebelum sempat merasai Ramadhan berikutnya. Mungkinkah ini juga adalah Ramadhan terakhir saya? Hanya DIA Maha Tahu. Semoga ruang dan peluang yang masih ada untuk saya dapat dimanfaatkan sebaiknya kerana saya belum pasti dapat melaluinya lagi tahun hadapan. Selamat berpesta ibadah semua, semoga ALLAH sudi memberi kita rasa IKHLAS dalam menDAMBA CINTANYA, amin...