Wednesday, December 4, 2013

TERHENTI DI SINI

Masih menunggu gambaran yang jelas tentang jalan menuju matlamat akhir hidupku, Mardhatillah. Matlamat sungguh jelas, namun panduannya selalu kabur. Pasti lantaran dosa yang masih berkarat dalam diri, dalam hati, dalam jiwa, dalam mindaku belum terkikis kerana sudah bersarang di dalamnya sekian lama. Tiada lain yang aku pinta YA ALLAH, bantulah aku supaya kuat dan bertabah untuk kembali ke Titian MustaqimMU, amin...

Sunday, October 27, 2013

PERMULAAN BARU?

Semalam...
Lain dirancang lain menjadi. ALLAH sentiasa tahu apa yang dikehendaki. Petang merancang untuk menjalani praktikal di Gombak Setia, namun ALLAH menghendaki saya menghadiri temuduga mengejut di Wangsa Melawati. Insiden itu hanya bermula bila saya bersembang dengan mantan teman serumah tentang kerjaya suaminya. Rancak perbualan bila saya berminat dengan kerjaya Pok Ku, suaminya Linda. Mulanya cuma bercadang untuk bertanya, tapi bila hal itu Linda tanyakan pada Pok Ku, dengan izin ALLAH disuruhnya saya pergi temuduga. Petunjuk baru dari ALLAH? Saya akan redahinya. Doakan saya

Monday, October 21, 2013

PANTULAN FIKIRAN

Teringat susah-payah para guru dahulu mengajar kita. Berkat keikhlasan dan doa mereka, ilmu tersebut masih ada yang teringat dan dapat diamalkan hari ini. Jika kita guru hari ini, bisakah apa yang kita ajari tertanam dalam diri anak didik seperti guru kita dahulu? Ya ALLAH, berilah jalan tunjuk dan rahmatMU dalam kami mencari bekalan saham akhirat sana, amin...

Sunday, October 20, 2013

BERTANGGUH ATAU BERSUNGGUH?

Bismillahirrahmanirrahim...

Kekuatan itu perlu kesungguhan. Kesungguhan itu perlu keyakinan. Keyakinan itu terbentuk dari keimanan. Keimanan itu dari manusia mencari KeIlahan. Teruskan pencarian. Tebarkan harapan. Gemburkan semangat dan ruh baru. Servis Hati, Akal serta Jiwa perlu sentiasa, amin...Gambate Kudasai!

Sunday, January 27, 2013

SENYUM ITU PENAWAR

Ya Allah ya Tuhanku..

Berikanlah aku kekuatan untuk tetap tersenyum.. Andai keperitan, kepedihan, kesulitan dan kesukaran ini merapatkan aku dengan-Mu berilah kekuatan padaku untuk menempuhinya.. dan andai ia menjadi asbab untuk aku semakin jauh dari-Mu, didikkanlah hatiku ini kepada-Mu.. supaya aku lebih tenang dan tabah menerusi keperitan ini.. Tiada yang lebih memahami selain dari-Mu.. hanya pada-Mu aku mengadu dan berserah......

UBAT HATI

Dari FB:

Ubat hati ♥

Orang yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu tangisannya itu Allah ganti dengan syurga, hingga suatu ketika ditanya, pernahkah engkau merasa susah di dunia, bahkan jawabnya aku sudah lupa jika aku pernah susah di dunia dahulu ♥

Sabarlah duhai hati atas segala ujian & mohonlah dgn doa Nabi,

"Ya Allah, lindungilah kami dari takdir yang buruk dan janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang berat " :))

Saturday, January 26, 2013

INGIN BERTABAH

Memandang ke tanah, merenung segala dosa silam dan kini...
Mendongak ke atas, menyaksikan indahnya alam ciptaan Illahi...
Membisik ke dalam diri, aku perlu usaha untuk berlari kembali...
Memejamkan mata, mengingati kembali segala impian dan harapan...
Menguatkan semangat dalam jiwa, ALLAH itu ada...
Melebarkan senyum di bibir, tok, mak dan ayah sentiasa mendoa...
Melapangkan minda dan fikiran, memberi ruang baru dalam hati nurani...
Mengharapkan rahmat dan ampunanNYA...
Mengharapkan penghujung hidup dunia dalam husnul khatimah jua...amin

(T_T)