Wednesday, December 31, 2008

2008


Akhir 2008, genaplah usia pemilik blog ini 26 tahun masihi, dah tua rupanya. Namun bila kenangkan usia hanyalah angka, terasa juga sedikit lega di hati. Bila memuhasabahkan semula diri, tak layak rasanya menjadi hamba ALLAH yang baik. Penuh dengan 1001 sifat mazmumah, namun bila ingat ALLAH menjadikan diri sebaik-baik kejadian. InsyaALLAH rasa insaf sentiasa menjenguk ke dalam hati, mudah-mudahan. Teringat saya kenangan semasa di tingkatan 2 dahulu, ketika Cikgu KHB, Cikgu Zaharah yang baik itu memarahi kami sekelas kerana kurang memberi tumpuan dalam kelas semasa belajar. Disyarahnya kami tentang perjanjian semasa di alam roh. Bilamana ALLAH bertanya "Apakah AKU ini Tuhan kamu?" maka makhluk ALLAH yang bernama janin itu menjawab "Bahkan!"


Pengakuan yang sudah lama bermula sedari alam roh lagi. Namun bilamana sudah besar panjang, boleh berfikir sendiri, menafikan perjanjian yang dilakukan. Sedetik teringat tentang hakikat itu, terasa benar-benar sayu, semoga ALLAH sentiasa memelihara diri kita semua daripada kelalaian dengan tipuan dunia. Tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH di muka bumi tidak pernah berakhir sehinggalah kita dipanggil semua ke hadratNYA. Semoga kedatangan Tahun Baru Islam 1430 hijrah ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, mendewasakan kira dengan pengalaman, memperkuatkan jiwa kita dengan IMAN, TAQWA, AMAL kerana ALLAH.

Antara yang menarik 2008:

1. PRUKe-13 yang menyaksikan kemenangan 5 negeri kepada Pakatan Rakyat

2. DS Anwar Ibrahim di aju kontroversi tentang isu liwat sekali lagi

3. Kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Permatang Pauh

4. UMNO Petaling Jaya masuk PAS beramai-ramai

5. Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu kerana kematian Ahli Parlimennya, Cikgu Razali Ismail

6. Kemangkatan Tunku Jaafar, Yamtuan Besar Negeri 9

7. Perkahwinan Mawi dan Ekin (Bukan kerana minat, tapi kerana sensasinya)

8. Adik saya dapat 5A 3B dalam PMR, alhamdulillah

9. Dapat anak buah pertama dalam famili, Nuha Alisha Muhammad Naim Idham, hehe


Ala Kulli Hal, Kullu Aam Wa Nahnu Bikhair, InsyaALLAH

Saturday, December 27, 2008

AWAS ZIONIS!

Qassam : Awas Rejim Zionis , kami akan menyerang balas.
Contributed by gunxx on Friday, December 26 @ 07:55:49 MYT

Topic: Berita Semasa
Jumaat ,26/12/2008 -Fraksi Pejuang Palestin , Brigade al Qassam mengancam rejim Zionis akan memperluaskan wilayah serangan ke atas penempatan Israel di sekitar Jalur Gaza jika serangan Israel di teruskan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan setelah menggempur wilayah Israel dengan puluhan roket Qassam dan Grad, Brigade al Qassam mengatakan "Apabila kebodohan Israel terus meningkat, maka akan mendorong kami meluaskan serangan ke atas ribuan orang Israel".

Al Qassam menambah sejak Rabu lepas, para pejuangnya telah melancarkan serangan puluhan roket dan mortar ke atas pos pos kawalan dan penempatan Israel.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Sunday, December 21, 2008

GAZA SEMAKIN TENAT


Isnin ,22/12/2008 -
Pengerusi jawatankuasa popular pengepungan, MP Gaza, Jamal Al-Khudari Ahad lalu mengecam keras sekatan ekonomi Israel terhadap Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa pengepungan itu menjadikan Gaza terpinggir disamping bencana kemanusiaan yang membimbangkan.

Menurut Khudari, penutupan semua mata lintasan di Semenanjung Gaza oleh Israel sehingga minggu ketujuh berturut-turut akan memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta menyatakan penutupan loji kuasa utama di bandar itu menjadikan 80% wilayah itu berada dalam kegelapan.

Dalam satu siaran akhbar beliau yang dikeluarkan di Gaza, Khudari menjelaskan bahawa sekatan itu telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan sambil menambah lebih daripada 273 penduduk Palestin mati akibat pengepungan yang represif itu.



Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Saturday, December 20, 2008

Friday, December 19, 2008

BICARA DENGAN MAKHLUK ALLAH BERNAMA BABI

Oleh matcomot

" temuramah ini berlangsung di kandang babi di paya mengkuang

wartawan : hi encik babi,salam sejahtera.semoga sihat hendaknya.

en. babi : hi encik wartawan,aku khabar baik…nak salam boleh..salam la,salam la……

wartawan : mana boleh salam,kau haiwan najis berat.nanti aku kena samak.

en. babi : blah la lu..poyo, babi kau kecoh.. minum arak, seks luar

nikah..artis seksi seksi,tak pula korang kecoh..haram juga tu.

wartawan : aisey encik babi,jangan la marah gua.gua nak interview lu boleh?

en.babi : yea yea…..gua no hal,tapi lu mesti letak gambar gua kat front page.

wartawan : aii en.babi..so gua nak tanya lu ni,pehal semenjak dua menjak ni orang suka sangkut mayat kawan kawan u yg meninggal merata rata?

en.babi : gua rasa la..tu bukan kawan kawan gua.bukan orang sini.kawan kawan gua dah tak ramai di paya mengkuang ni.geng gua cukup lagi.gua rasa la kan.ada orang cuba ambil kesempatan untuk mainkan sentimen perkauman umat manusia di malaysia.boss gua ok,takkan dia nak buat gitu.boss gua cuma cari makan.bukan nak gaduh gaduh.

lagi pun, masa geng gua kecoh kecoh dulu pada tahun 2007 takde pun yang nak sangkut sangkut mayat kengkawan gua yang terkorban.awat la baru depa nak sangkut sangkut.

tapi gua ada dengar kawan gua blok sebelah bagitau,soal ni ada sangkut paut dengan pemilihan UMNO.ada orang cuba nak jadi hero melayu dan islam untuk merebut jawatan timbalan presiden UMNO.macam dia akan jadi hero dengan halau semua geng gua dan boss gua dari melaka.secara tak langsung,dia nampak macam pembela melayu lah.

geng mamat ni sudah ambik kesempatan di atas keharaman gua lah kiranya.apa boleh buat abg reporter,gua binatang hina…aku binatang hina,kini terluka di negeri melaka ( babi nyanyi = ikut korus lagu bunga larangan )

wartawan : macam gitu yee…kesian engkau..zalim betul puak gila kuasa ni.engkaujadi mangsa konspirasi.anyway..thank you en babi.

en. babi : no hal..small matter.aaaaaaaaaaaaa bro,lu ada rokok?minta sebatang boleh?

wartawan : babi pun merokok ke?

en.babi : gua babi organik la broooooo

pelbagai banner berbau perkauman di gantung di bulatan berhampiran sekolah pengkalan balak.banner banner ini hanya di pandang sahaja oelh pihak berwajib tanpa menurunkannya.sehingga ke hari ini juga,mereka yang bertanggungjawab belum berjaya di tangkap.kehebatan pihak polis menyiasat gagal di daerah masjid tanah.banner banner berbau perkauman dan sebagainya,boleh di lihat di bawah ini :

"

Monday, December 15, 2008

TV3 YANG NTAHAPAHAPA

Oleh Ibrahim Baba

 Memang terkejut bila kita baca atau tonton berita seperti itu. Mana mungkin. Lebih menghairankan lagi beliau bertanding atas tiket PAS. Lagilah mustahil.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak perasan apabila Buletin Utama TV3 29 Nov 2008, menyiarkan laporan berhubung kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail, disusuli dengan ulasan PRU2008 yang dimenangi Razali, TV3 menyiarkan gambar Razali, Md Isa Sabu dan Maimun Ali.

mb-perlis-tanding-kuala-terengganu

Suatu kesilapan yang tidak professional dengan menyiarkan gambar orang Md Isa Sabu untuk Md Sabu.


mdsabu-pasMAD ISA SABU /MENTERI BESAR PERLIS

isk isk … kan lain tu.

Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/12/02/tv3-mb-perlis-bertanding-di-parlimen-kuala-terengganu/

Friday, December 12, 2008

SANAKHUDU

http://www.youtube.com/watch?v=uXQMU9X8Mx8

Wajah Sebenar HAMAS


Khamis, 04/12/2008 -Gerakan Pejuang Islam, Hamas meminta akhbar Mesir, al Ahram meminta maaf terhadap pencemaran nama baik yang disengajakan. Perkara ini berkenaan dengan artikel akhbar harian ini yang diterbitkan Rabu (03/12) dengan tajuk "Wajah Sebenar Hamas"

Dalam pernyataannya Hamas meminta pemerintah Mesir menghentikan apa yang disebut gerakan Hamas sebagai "Sumpah Serapah dan Kebohongan Gaya Zionis" yang menggunakan demokrasi Mesir untuk mencemarkan pihak-pihak Arab yang terhormat.

Hamas menegaskan hubungan baik dengan semua negara Arab dan tidak terlibat dalam urusan dalaman mana-mana negara. Dalam waktu yang sama "Hamas menolak sebarang gangguan dalam urusan dalaman Palestin secara negatif dan memihak yang menambah perpecahan di dalam barisan Palestin."

Note:
sumber : COMES
penterjemah : osman

AKU HAMBA

Tuesday, December 2, 2008

SUFIAH SUDAH BERTAUBAT?


Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.


Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya.“Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya.Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan.Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah.

Sumber: Harian Metro

Monday, December 1, 2008

WHO IS ZAYNAB AL-GHAZALI?

Zaynab Al-Ghazali (January 2, 1917 - August 8, 2005) was a prominent Egyptian Islamist and arguably the most famous woman Islamist internationally. She was the founder of the Muslim Women's Association (Jamaa'at al-Sayyidaat al-Muslimaat), and was closely associated with the Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin).

Her father was an Al-Azhar-educated independent religious teacher and cotton merchant. He encouraged her to become an Islamic leader citing the example of Nusaybah bint Ka'ab al-Maziniyah, a woman fought alongside Muhammad in the Battle of Uhud. For a short time during her teens, she joined the Egyptian Feminist Union only to conclude that "Islam gave women rights in the family granted by no other society.


Women may talk of liberation in Christian society, Jewish society, or pagan society, but in Islamic society it is a grave error to speak of the liberation of women" (Hoffman 1985: 235). At the age of eighteen, she founded the Jamaa'at al-Sayyidaat al-Muslimaat (Muslim Women's Association), which she claimed had a membership of three million throughout the country by the time it was dissolved by government order in 1964.


Hasan Al-Banna, the founder of the Ikhwan (Muslim Brotherhood), invited al-Ghazali to merge her organisation with his, an invitation she refused as she wished to retain automony. However, she did eventually take an oath of personal loyalty to al Banna. (Mahmood 2005: 68) The fact that her organisation was not formally affiliated with the Ikhwan was to prove useful after the Ikhwan was banned, as for a time al Ghazali was able to continue to distribute their literature and host their meetings in her home.


Her weekly lectures to women at the Ibn Tulun Mosque drew a crowd of three thousand, which grew to five thousand during holy months of the year. Besides offering lessons for women, the association published a magazine, maintained an orphanage, offered assistance to poor families, and mediated family disputes. The association also took a political stance, demanding that Egypt be ruled by the Qur'an.


Al Ghazali's own life stands in contradiction to some of her professed beliefs. (Ahmed 1992: 199) Although she wrote that it was a "crime" for a woman to seek a divorce, she made no secret of the fact that she had divorced her first husband because of his discomfort at her public career. Her memoir describes how she told her husband that her oath of loyalty to Hassan al Banna meant that her devotion to the Islamist cause would always come before her marriage, and if ever the two should conflict, the marriage would end:


"If that day comes [when] a clash is apparent between your personal interests and economic activities on the one hand, and my Islamic work on the other, and that I find my married life is standing in the way of Da'wah and the establishment of an Islamic state, then, each of us should go our own way. I cannot ask you today to share with me this struggle, but it is my right on you not to stop me from jihad in the way of Allah. Moreover, you should not ask me about my activities with other Mujahideen, and let trust be full between us. A full trust between a man and a woman, a woman who, at he age of 18, gave her full life to Allah and Da'wah. In the event of any clash between the marriage contract's interest and that of Da'wah, our marriage will end, but Da'wah will always remain rooted in me." (al Ghazali 2006)


In justifying her own exceptionality to her stated belief in a woman's rightful role, al Ghazali described her own childlessness as a "blessing" that would not usually be seen as such, because it freed her to participate in public life.(Hoffman 1988). Her second husband died while she was in prison, having divorced her after government threats to confiscate his property. al Ghazali's family were angered at this perceived disloyalty, but al Ghazali herself remained loyal to him, writing in her memoir that she asked for his photograph to be reinstated in their home when told that it had been removed.


After the assassination of Hasan al-Banna in 1949, Al-Ghazali was instrumental in regrouping the Muslim Brotherhood in the early 1960s. Imprisoned for her activities in 1965, she was sentenced to twenty-five year of hard labor but was released under Anwar Sadat's Presidency in 1971. She describes her prison's experience, which included sufferings of many heinous forms of torture, in a book entitled Ayyam min hayyati (Days from my life), published in English under the title Return of the Pharaoh. The "Pharaoh" referred to is President Nasser. al Ghazali depicts herself as enduring torture with strength beyond that of most men, and she attests to both miracles and visions that strengthened her and enabled her to survive.


After her release from prison, al-Ghazali resumed teaching and writing for the revival of Muslim Brotherhood's magazine, Al-Dawah. She was editor of a women's and children's section in Al-Dawah, in which she encouraged women to become educated, but to be obedient to their husbands and stay at home while rearing their children.


Zaynab al-Ghazali was also a prolific writer, contributing regularly to major Islamic journals and magazines on Islamic and women's issues. Although the Islamic movement throughout the Muslim world today has attracted large number of young women, especially since 1970s, Zaynab al-Ghazali stands out thus for as the only woman to distinguish herself as one of its major leaders.


References:
Al Ghazali Return of the Pharaoh The Islamic Foundation 2006
Hoffman, Valerie. "An Islamic Activist: Zaynab alGhazali." In Women and the Family in the Middle East, edited by Elizabeth W. Fernea. Austin: University of Texas Press, 1985.
Mahmood, Saba Politics of Piety: The Islamic Revival and the Feminist Subject, Princeton University Press 2005