Wednesday, January 27, 2010

2010,KALIMAH ALLAH, GEMPA BUMI HAITI...


Assalamualaikum warahmatullah....


Lama x mencoret. Lama juga diri ini tidak didedahkan dengan informasi dari sumber internet. Saya takut sebenarnya...takut dengan sindrom malas menggunakan teknologi. Bila faktor luaran banyak tidak membantu, jadinya saya hanya akan menumpukan urusan yang melibatkan verbal communication semata-mata. Maaflah, semangat saya agak lusuh sekarang ini, selusuh seluar jeans yang direndam cecair CLOROX berminggu-minggu..Bukan sahaja lusuh kesannya, saya bimbang akan terkoyak, carik..maka tidak akan dapat digunakan lagi...


2010, sudah beberapa minggu menjengukkan kelibatnya. Isu demi isu yang keluar, macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Banyak keanehan yang akan disedari oleh mereka yang mahu berfikir. Maal Hijrah 1431 jatuhnya hari Jumaat, begitu juga dengan 2010, serentak itu pula Gerhana Matahari, macam-macam ada..tapi sejauh mana hati seorang Narumi dan yang lain mahu mengkoreksi diri dan melakukan anjakan paradigma? Tepuk dada tanyalah iman, sudah bertambah atau semakin berkurang? Akal yang ALLAH beri x akan berjaya mencakupi semua perkara...kerana itu panduan Al-Quran dan As-Sunnah WAJIB ulang sentiasa, jangan lupa Narumi ya..


Gempa Bumi yang melanda Haiti, banjir besar di Brazil, semua itu kita yang beragama ISLAM akan menafsirkan sebagai Inzar (peringatan) dari ALLAH, bagi mereka yang melawan hukum2 juga sunnahNYA. Belum sampai lagi ke Malaysia, walaupun sedikit sebanyak bahana Tsunami 4 tahun dulu masih wujud bekasnya. Hari ini manusia leka semula, pemimpin dengan egonya, menambah kekayaan, rakyat dibiar kontang, rohani dan jasmani. Hingga kemuncak kontroversi awal 2010, penggunaan kalimah ALLAH oleh sebuah majalah yang berorientasikan pemikiran agama Kristian.


Biar apapun alasannya, ulamak muktabar telah mengeluarkan hujah-hujah bagi membincangkan isu tersebut. Jangan dicurah minyak diesel ke atas api yang sedang membakar, silap-silap nanti satu kampung boleh rentung. Agenda pihak tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan terus berjalan, Gereja diBAKAR, Masjid diBAKAR, sama mahu membakar hati umat Islam Malaysia yang cintakan keAMANan, keSEJAHTERAan. Maka akan adalah mereka yang akan 'dikambinghitamkan' nanti bagi meraih sokongan politik pihak tertentu. Mungkin juga ini satu isu yang diguna untuk meralitkan rakyat dari bercakap soal kenaikan harga GULA yang seterusnya akan menaikkan harga barangan keperluan yang lain...persepsi Narumi dan juga yang melihat dari sudut tersorok...


2010 baru beberapa langkah mendekati, masih banyak lagi ranjau yang menanti untuk ditempuhi, hamba ALLAH yang mengaku IKHLAS bakal diuji, layakkah kita di syurga menjadi penghuni? Pada ALLAH Narumi serah segala...