Sunday, November 2, 2008

Catatan Narumi : Ada Apa Dengan Kemaman?

Lama juga tidak mencatat urusan terkini. Saya dah jenuh nak bariskan alasan-alasan. Namun alhamdulillah sekurang-kurangnya blog ini masih mampu dikemaskini walaupun tidak serancak dulu. Ada apa di Kemaman 1 November 2008 baru-baru bersamaan 3 Zulkaedah 1428H? Tentunya acara yang besar-besaran. Semua ahli PAS yang komited beserta Pimpinan PAS Negeri Terengganu telah berkampung di Mak Chili, Chukai, Kemaman untuk Program Tahunan PAS Negeri Terengganu iaitu IJTIMA' KEPIMPINAN PAS NEGERI TERENGGANU kali Ke-12.

Program kali ini saya lihat agak berprestij kerana diadakan di tengah-tengah bandar Chukai (lecturer saya panggil Texas, hehe) kerana kerajaan Negeri Terengganu (sudah tentu pimpinan Ahmad Said) membenarkan penggunaan Dewan Dato' Seri Amar Diraja. Cuma secara peribadi keadaan yang terkepung di tengah bandar tu agak kurang sesuai kerana kehadiran ahli yang ramai tambahan pula kemudahan tandas dan tempat solat yang agak terhad. Apapun syabas diucapkan kepada PAS Kemaman sebagai Tuan Rumah kali ini.

Meneliti Ucaptama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan perasmian beliau, banyak perkara yang perlu diteliti, difahami, dilaksanakan sebaik mungkin oleh pendokong perjuangan Islam di negeri Terengganu samada dari dalam atau luar negeri sekalipun. Amanat yang disampaikan berkisar tentang pelbagai aspek dari Tarbiah hinggalah kepada hal-hal semasa di dalam Terengganu dan juga di luar Terengganu.

Ucapan Perwakilan juga agak hangat walaupun suasana Dewan yang cukup selesa untuk semua malah kehadiran yang dianggarkan melebihi 5000 orang ke perhimpunan kali. Apapun segala-gala yang diluahkan samada dari peringkat bawahan hinggalah kepada Pimpinan adalah untuk dijadikan muhasabah untuk semua. Berakhir kira-kira jam 7 malam, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga semua petugas Islam agar sama-sama terus IKHLAS, ISTIQAMAH, TAQWA dan 1001 lagi akhlak yang perlu dihayati dan diamalkan dalam meneruskan perjuangan di muka bumi Allah ini, wallahu'alam.


No comments: