Friday, March 27, 2009

TAG


Macam banyak lapang je saya ni kan? Tak adelah, sesaja nak mengisi ruangan yang ada, mencari idea baru, juga makluman yang baru buat yang ingin tahu...


TEN ARE YOU??

1. Are you single??
Yup...since now, Single but Not Available (skrip evergreen)

2. Are you happy??
Yup...but Kabhi Kushi Kabhi Gham

3. Are you bored??
Sometimes

4. Are you fair??
I don't think so

5. Are you italian??
Nope, Melayu Muslimah

6. Are you intelligent??
I'm not sure...let the question goes to a person who deal with me...

7. Are you honest??
Not in everytime, bilamana jujur itu boleh mencelakakan diri...Jujur dan berhelah yang permitted in Islam

8. Are you nice??
I'm not sure, can you ask it to my enemy?

9. Are you Irish??
Nope

10. Are you Asian??
Yes


TEN FACTS:

1. Full name:
Narumi Hayashida

2. Nicknames:
Kak Yue, Mock Yue (anak buah panggil)

3. Birthplace:
Tempat tu x sampai suku kilometer dengan Masjid Terapung, Kuala Terengganu.

4. Hair colour:
Secret

5. Natural hair style:
Secret

6. Eye colour:
I think it is black, but when someone snap my pic, it can be a red one...hehe

7. Birthday:
Tarikh pembebasan hamba abdi Afrika, tahun bila lupa pulak, huhu.

8. Mood:
I can manage my mood insyaALLAh, but Kabhi Kushi Kabhi Ghaam

9. Favourite colour:
The interrelated colour Blue, Purple and Green. But now I don't know why some of my props' colour is pink...

10. One place you'd like to visit:
Makkah and Madinah


TEN THINGS ABOUR YOUR LOVE AND LIFE:

1. Have you ever be in love??
Always (satgi mesti ada kata Narumi ni jiwang pulok..sudah dah!)

2. Do you believe in love at first sight??
Not really, maybe 'get interesting' at first sight

3. Do you currently have a crush??
Since now, nope. Because I believe the love after marriage

4. Have you ever been hurt emotionally??
Always, but I always try to take it easy...People (include me) is not perfect.

5. Have you ever broken someone's heart??
Yes, it's quite hard but I only a human being...

6. Have you ever had your heart broken??
Sometimes, but I have HIM to tell about it

7. Have you ever liked someone but never tell them??
Erkk..erkkk..no comment ma..

8. Are you afraid of commitment??
Sometimes, but when I remind myself that ALLAH knows everything, Tawakkaltu Alallah...

9. Who was the last person you hugged??
Ummu (the girl from Melaka)

10. Who was the last person you said I love you too??
My mummy..Puan Hasnah bt Abdullah

TEN THIS OR THAT:

1. Love or lost:
Sometime I love to lost...because ALLAH will give me better than before

2. Hard liquor or beer:
Not now, in the heaven insyaALLAH (if I were permitted to enter it..huhu)

3. Cats or dogs:
I am allergic with cats, but still can touch it

4. A few best friends or any regular friends:
Both

5. Creamy or crunchy:
Both (but my daddy remind me to control my diet, huhu)

6. Pencil or pen:
Pencil when there is no pen to jot down something

7. Wild night out or romantic night in:
I don't want both

8. Money or happiness:
If happiness can inspire me to have a money, why not? (hoho..materialistik pulak..)

9. Night or day:
Both

10. IM or phone:
Phone to call


EIGHT HAVE YOU EVER:

1. Been caught sneaking out??
Nope, alhmdulillah

2. Seen a polar bear??
Dalam iklan Fresh and White ade la..huhu

3. Done something you regret??
Many...

4. Bungee jumped??
Not yet..but I love to try it

5. Eaten the food that fell on the floor??
Yup, but with the condition suddenly..kawan saya kata kuman baru nak panjat tangga

6. Finished an entire jaw breaker??
Yup, when watching tv

7.Cried because you lost a pet??
Yup

8. Wanted to disappear??
If I could, yes. Going to Israel Camp then kill them.


TEN PREFERENCES IN A PARTNER:

1. Smile or eyes:
Don't mind, maybe they have their own attractiveness

2. Light or dark hair:
Both

3. Hugs or kisses:
I don't know how to answer this questions

4. Shorter or taller:
Tak kisah

5. Intelligence or attraction:
Both, asal tak salah dalam ISLAM dah la

6. Topman or Zara:
Tak paham

7. Funny or serious:
Both (takkan la seumur hidup kelakar atau serius memanjang kan?)

8. Older or younger
Ermm..no comment

9. Outgoing or quiet:
Outgoing for certain part then quiet for the other part

10. Sweet or bad:
Sweet honesty


TEN HAVE YOU(S):

1. Ever performed in front of a large crowd??
Pernah

2. Ever talked on the phone for longer than an hour??
Sometimes, when speak with my buds

3. Ever tried walking on your hands??
Banyak kerja lain lagi nak buat

4. Ever been to a rock concert??
Rasa-rasa macam x pernah

5. Ever been on a cheerleading team??
Nope

6.Ever been on a dance team??
Nope

7. Ever been on a sports team??
Yup..hoki, bola baling (time sekolah rendah)

8. Ever been in a drama/play production??
Yup, masa sekolah dulu

9. Ever owned a BMW, Mercedes Benz, Escalade, Hummer or Bentley??
On the way, insyaALLAh

10. Ever been in a rap video??
Not yet, tak tahu kalau kak baity nak buat, hehe


TEN LASTS:

1. Last phone call u made:
Riznira, tanya khabar n bla..bla..

2. Last person u hugged:
Ummu

3. Last person u hung out with:
Kak Han, Izzie and Aisyah..go to Halaqah Ilmu

4. Last time you worked:
Work on how to improve the business

5. Last person u talked to:
Riznira

6. Last person u IM'd:
Kak Baity

7. Last person u texted:
Kak Salbiah

8. Last person(s) u went to the movies with:
No one, never go to cinema

9.Last person/thing u missed:
My school

10. Last website visited:
Friendster

Sunday, March 22, 2009

PEREMPUAN TUA DAN TEMPE



Dalam sebuah kampung ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Suatu pagi, seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe dia telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun dengan keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanan ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin..". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terpaku seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawannye yg sama-sama menjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak jual tempe yang belum menjadi? Dari pagi tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Janganlah sekali-kali kita berputus asa terhadap apa yang didoakan. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Yakinlah kita bahawa REZEKI itu di tangan Tuhan...Wallahua'Lam ^_^

Wednesday, March 18, 2009

CABARAN TAG DISAMBUT...

Kenangan bersama Jawatankuasa Program Nisa' SMART CAMP Kawasan Kuala Terengganu di Pantai Batu Rakit 19 April 2008

Instructions:


1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Assalamualaikum, baru-baru ni Cucu Dagang menjemput Narumi untuk tag. Jenguk dan fahamkan, rupa-rupanya tag ni lebih kurang bersifat taaruf dan juga berita. Baiklah, x nak menghampakan beliau. Narumi sahut cabaran ini dan dengan rela hati menyerahkan tag seterusnya kepada:

  1. Ummufaqeh
  2. Fahin@lyamani
  3. Abu Syamil
  4. Nafastari
  5. Nusaibah

Thursday, March 12, 2009

CERITA SEORANG PENSYARAH




Kisah seorang pensyarah mengenai pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sebuah politeknik.Mana lebih penting apabila mengajar/belajar Matematik.

"Menguasai Matematik",

atau

"mengajar dalam BI tetapi tidak menguasai Matematik"

atau

"mengajar Matematik untuk menguasai BI, tak faham Matematik pun tak apa"?


Kita mengajar/belajar Matematik untuk menguasai Matematik. Itu matlamat DAN PRINSIP yang paling asas.PPSMI telah membelakangkan prinsip pengajaran yang paling asas.

----------

Sepanjang minggu lalu, saya berada di Pulau Pinang, kerana melatih pensyarah Politeknik Kulim. Tidak kurang daripada 20 pensyarah (sebahagian besarnya pensyarah kejuruteraan) yang datang mengadu betapa seksanya mereka hendak mengajar matematik kepada pelajar jurusan kejuruteraan kerana prinsip yang terlalu asas dalam matematik pun tidak mereka kuasai.
Bayangkan, pelajar kejuruteraan di politeknik tidak dapat selesaikan:

Given y = ab + c. Solve for a. Soalan sebegini tidak dapat diselesaikan oleh pelajar kejuruteraan.

Two to the power of n, dikatakan pula '2 darab n'!

Saya terbisu, mengenangkan kroniknya masalah itu.

Lalu saya cadangkan kepada pensyarah itu supaya diajar sahaja mereka dalam bahasa Melayu.
"Tak boleh, puan," jawab mereka, "sebab ada pemerhati yang duduk dalam kelas kami untuk memastikan pensyarah mengajar dalam bahasa Inggeris."

Wassalam

http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=133109688&uid=28164237

SPECIAL DEDICATION TO NARUMI DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA...


Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian modern(?) memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakaipun nampak pusat. Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat...

SIKIT AJE...


Kalau kita memberi nasihat tidak merubah jiwa orang samada, kita yang bersalah atau para yang bersalah. Di antara sebabnya mendengar yang salah atau kedua-duanya yang kerana hati kita cinta dunia.

Saturday, March 7, 2009

Andainya...

Tapak Kaki Rasulullah s.a.w

Dedikasi Khas sempena kelahiran baginda...Andai Rasulullah bertamu di rumah Narumi, atau anda yang bernama umatnya..bagaimana?

Bayangkan apabila Rasulullah saw dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…

Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.

Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudia kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah saw sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum…

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah saw menunggu sebentar didepan pintu karena kita teringat Video CD rated R18+ yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut kedalam.

Beliau tentu tersenyum…
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pajang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakangan secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafal Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Beliau tentu tersenyum…

Bagaimana bila kemudian Rasulullah saw bersedia menginap di rumah kita?

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita lebih hapal lagu-lagu barat daripada menghapal Sholawat kepada Rasulullah saw.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah saw karena kita lupa dan lalai mangajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah saw dan sahabatnya tetapi hapal di luar kepala mengenai anggota Powers Rangers atau Kura-Kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa harus menyulap satu kamar mandi menjadi ruang Shalat.

Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang pantas untuk berhadapan kepada Rasulullah saw.

Beliau tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.

Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun adzan berbunyi..

Beliau tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu karena pada saat maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu karena kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita tidak pernah menjalankan Shalat Sunnah.
Barangkali kita menjadi malu karena kelyarga kita sangat jarang membaca Al Qur`an.
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah saw menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan ruamh kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah saw bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada disitu…

Bayangkan apabila Rasulullah saw tiba-tiba muncul di depan rumah kita…

Apa yang akan kita lakukan?

Masihkah kita kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kita karena hal itu akan sangat membuat kita repot dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah…..

Masihkah beliau tersenyum?

Senyum pilu,…
Senyum sedih,… dan senyum getir…

Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah…

http://www.liputankita.com/artikel-liputankita/andai-rasulullah-bertamu-ke-rumah-kita-berita-liputankita.html