Thursday, March 12, 2009

CERITA SEORANG PENSYARAH




Kisah seorang pensyarah mengenai pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sebuah politeknik.Mana lebih penting apabila mengajar/belajar Matematik.

"Menguasai Matematik",

atau

"mengajar dalam BI tetapi tidak menguasai Matematik"

atau

"mengajar Matematik untuk menguasai BI, tak faham Matematik pun tak apa"?


Kita mengajar/belajar Matematik untuk menguasai Matematik. Itu matlamat DAN PRINSIP yang paling asas.PPSMI telah membelakangkan prinsip pengajaran yang paling asas.

----------

Sepanjang minggu lalu, saya berada di Pulau Pinang, kerana melatih pensyarah Politeknik Kulim. Tidak kurang daripada 20 pensyarah (sebahagian besarnya pensyarah kejuruteraan) yang datang mengadu betapa seksanya mereka hendak mengajar matematik kepada pelajar jurusan kejuruteraan kerana prinsip yang terlalu asas dalam matematik pun tidak mereka kuasai.
Bayangkan, pelajar kejuruteraan di politeknik tidak dapat selesaikan:

Given y = ab + c. Solve for a. Soalan sebegini tidak dapat diselesaikan oleh pelajar kejuruteraan.

Two to the power of n, dikatakan pula '2 darab n'!

Saya terbisu, mengenangkan kroniknya masalah itu.

Lalu saya cadangkan kepada pensyarah itu supaya diajar sahaja mereka dalam bahasa Melayu.
"Tak boleh, puan," jawab mereka, "sebab ada pemerhati yang duduk dalam kelas kami untuk memastikan pensyarah mengajar dalam bahasa Inggeris."

Wassalam

http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=133109688&uid=28164237

No comments: