Masih menunggu gambaran yang jelas tentang jalan menuju matlamat akhir hidupku, Mardhatillah. Matlamat sungguh jelas, namun panduannya selalu kabur. Pasti lantaran dosa yang masih berkarat dalam diri, dalam hati, dalam jiwa, dalam mindaku belum terkikis kerana sudah bersarang di dalamnya sekian lama. Tiada lain yang aku pinta YA ALLAH, bantulah aku supaya kuat dan bertabah untuk kembali ke Titian MustaqimMU, amin...