Assalamualaikum...
Pagi Sabtu yang penuh damai dan indah baru-baru ni, saya menyambut kedatangan sahabat-sahabat lama yang datang menjenguk bumi Darul Iman yang tercinta. Bercampur-baur perasaan ketika itu.Sedih, gembira, teruja malah macam-macam lagi rasa yang bermain dalam hati dan fikiran masing-masing mungkin. Bayangkanlah, ada dikalangan kami yang sudah hampir 3 tahun tidak bersua sebelum ini, malah yang membuatkan saya sangat-sangat terharu, seorang sahabat saya yang baru beberapa bulan bergelar ibu dan kini menetap di Selangor sanggup menitipkan anaknya kepada ibu mertua sebentar semata-mata untuk bersama dalam re-union yang kami adakan di salah sebuah pusat peranginan di Terengganu.
Begitulah indahnya jalinan persaudaraan Islam yang terbina selama ini. Teringat kenangan bergelak-ketawa, menangis, belajar malah kadang-kadang saat kesulitan dan cabaran hidup di alam kampus suatu masa dahulu seolah-olah baru semalam kami lalui. Ada juga dikalangan sahabat saya yang begitu teruja untuk datang berjumpa dan bertanya khabar sanggup membawa anak-anak kecil bersama. Saya sungguh terkesan dengan suasana ini. Malahan sahabat saya yang dijangka out- station ke Sarawak memilih untuk bertemu mata di Terengganu walaupun kalau diikutkan, best tu pegi Sarawak, dah la atas urusan kerja, sudah tentu ditanggung perbelanjaannya.
Berbagai perkara yang kami bincangkan bersama agar kesinambungan hubungan antara kami tetap berjalan dan diharapkan semakin erat. Selain dari itu, atas kesedaran mahu membantu sesetengah sahabat yang kurang bernasib baik atau mempunyai halangan kewangan, kami cuba bersepakat untuk saling menolong setakat yang termampu antara satu sama lain agar mereka tidak terasa berseorangan dalam mengharungi ujian kehidupan. Hanya air mata kesyukuran dan juga rasa sedih dengan perpisahan yang mengiringi sahabat-sahabat saya pulang ke tempat masing-masing (saya tahu saya ni buruk kalau menangis, jadi cuba-cuba juga tahan, huhuhu). Cuma ada janji diantara kami agar saling bantu-membantu antara satu sama lain, bertanya khabar dan terus istiqamah mencari keredhaan ALLAH S.W.T. Semoga ALLAH mengabulkan permohonan hambaNYA yang lemah ini, aamin.

DEDIKASI BUAT YANG BERGELAR SAHABAT NARUMI HAYASHIDA
Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu dihatiku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riamu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangMU
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
(NASYID NOSTALGIA OLEH KUMPULAN SHOUTUL AMAL)

No comments:
Post a Comment