Guru Mencabul Murid Ditahan
SEREMBAN 24 Okt. – Seorang guru sebuah sekolah rendah di Seremban 2 di sini ditahan polis hari ini kerana disyaki mencabul beberapa orang muridnya sejak dua tahun lalu. Guru lelaki berusia 41 tahun itu yang pernah menerima anugerah cemerlang tahun lalu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari ini sebaik dia tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, guru yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu diminta datang ke ibu pejabat polis di sini berhubung tiga laporan polis yang dibuat ke atasnya sejak lima hari lalu. “Dua laporan itu dibuat oleh mangsa cabul yang ketika ini menduduki tingkatan satu, sementara satu laporan lagi oleh pihak sekolah Khamis lalu,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini akhbar melaporkan seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di sini telah mencabul pelajarnya sejak setahun lalu tetapi perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak polis sehingga sekolah berkenaan ‘menyimpan’ lebih 10 aduan yang dibuat pelajar.
Narumi: Tertantya-tanya pada diri, kepada siapa harus diharapkan lagi andainya mereka yang bergelar guru sendiri tidak bertaqwa? Inikah kejayaan MODAL INSAN yang digagaskan UMNO dan BARISAN NASIONAL selama ini? Tepuk dahi tanya hati dan juga iman yang kita miliki, wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment