Assalamualaikum semua,
Sorry for not updating this blog within a week. Quite busy, quite hard to find internet sources. I know, that was the only common reason that I always give as usual. But believe me, I try my best to always write down something here, because this is the other alternative that I have to spread the da'wah activities. (Jangan marah ye, belajar mengarang dalam bahasa inggeris semula, sebab nak 'mengglokalkan' diri seperti saranan TPM kita, huhu).
Baru aje beberapa hari pemergian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Maka bermulalah juga persiapan strategi seterusnya oleh PAS dan BN. Kuala Terengganu Parliament which is consist of 4 areas below them: Wakaf Mempelam:N13, Bandar:N14, Ladang:N15 and also Batu Buruk:N16. Kalau diikutkan, 3 dari empat Dun tersebut dimenangi oleh wakil rakyat PAS iaitu Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Ladang, Bandar dimenangi oleh wakil BN berbangsa Cina.
Jika dilihat senario ini, kebarangkalian untuk PAS menang agak cerah, namun satu perkara yang mesti kita jelas dan sedar. Pilihanraya kecil sebegini biasanya akan cuba diperjuangkan habis-habisan oleh Bee End. Segala jenis gerombolan mereka akan berkampung di Kuala Terengganu tidak lama lagi (Sohor doh kampung ambe...), namun didoakan jentera PAS Terengganu akan berusaha keras dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada ALLAH dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan.
Semoga ALLAH menjanjikan kemenangan kepada para pekerjaNYA yang gigih berusaha, menjaga hubungan dengan ALLAH, dengan masyarakat juga yang mendokong misi dakwah di Darul Iman, negeri Narumi yang tercinta, Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment