Wednesday, December 31, 2008

2008


Akhir 2008, genaplah usia pemilik blog ini 26 tahun masihi, dah tua rupanya. Namun bila kenangkan usia hanyalah angka, terasa juga sedikit lega di hati. Bila memuhasabahkan semula diri, tak layak rasanya menjadi hamba ALLAH yang baik. Penuh dengan 1001 sifat mazmumah, namun bila ingat ALLAH menjadikan diri sebaik-baik kejadian. InsyaALLAH rasa insaf sentiasa menjenguk ke dalam hati, mudah-mudahan. Teringat saya kenangan semasa di tingkatan 2 dahulu, ketika Cikgu KHB, Cikgu Zaharah yang baik itu memarahi kami sekelas kerana kurang memberi tumpuan dalam kelas semasa belajar. Disyarahnya kami tentang perjanjian semasa di alam roh. Bilamana ALLAH bertanya "Apakah AKU ini Tuhan kamu?" maka makhluk ALLAH yang bernama janin itu menjawab "Bahkan!"


Pengakuan yang sudah lama bermula sedari alam roh lagi. Namun bilamana sudah besar panjang, boleh berfikir sendiri, menafikan perjanjian yang dilakukan. Sedetik teringat tentang hakikat itu, terasa benar-benar sayu, semoga ALLAH sentiasa memelihara diri kita semua daripada kelalaian dengan tipuan dunia. Tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH di muka bumi tidak pernah berakhir sehinggalah kita dipanggil semua ke hadratNYA. Semoga kedatangan Tahun Baru Islam 1430 hijrah ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, mendewasakan kira dengan pengalaman, memperkuatkan jiwa kita dengan IMAN, TAQWA, AMAL kerana ALLAH.

Antara yang menarik 2008:

1. PRUKe-13 yang menyaksikan kemenangan 5 negeri kepada Pakatan Rakyat

2. DS Anwar Ibrahim di aju kontroversi tentang isu liwat sekali lagi

3. Kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Permatang Pauh

4. UMNO Petaling Jaya masuk PAS beramai-ramai

5. Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu kerana kematian Ahli Parlimennya, Cikgu Razali Ismail

6. Kemangkatan Tunku Jaafar, Yamtuan Besar Negeri 9

7. Perkahwinan Mawi dan Ekin (Bukan kerana minat, tapi kerana sensasinya)

8. Adik saya dapat 5A 3B dalam PMR, alhamdulillah

9. Dapat anak buah pertama dalam famili, Nuha Alisha Muhammad Naim Idham, hehe


Ala Kulli Hal, Kullu Aam Wa Nahnu Bikhair, InsyaALLAH

No comments: