Friday, January 2, 2009

AMANAT PRESIDEN PAS : Taati Arahan Pemimpin


"Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar 'amanat' kena taat dan patuh."

PAS sebuah parti gerakan yang mempunyai asas dan dasar Islam perlu difahami bahawa segala usaha dan kerja-kerja bersumberkan al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan serta panduannya.Justeru itu, kerja-kerja bagi memenangkan perjuangan Islam perlu berterusan sama ada di masa senang mahu pun ketika susah dan PAS kini akan berhadapan dengan satu Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu yang bakal diadakan pada 17 Januari ini bagi memilih seorang ahli parlimen baru untuk membawa suara rakyat dan suara Islam.

Lantaran itu Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memperingatkan ahli, penyokong serta pendokong perjuangan PAS agar tetap teguh dengan Islam serta bersama dengan gerakan tersebut baik ketika berada dalam kesenangan mahu pun kesusahan.Katanya, ahli PAS yang faham serta mendokongi perjuangan Islam perlu mentaati arahan kepimpinan yang dibuat secara kolektif dan syura.

"Taat diwaktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat. Apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin."Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar �amanat� kena taat dan patuh," tegasnya ketika pada Majlis Amanat Pilihan Raya Kecil P036 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, baru-baru ini

Ustaz Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS bukan sahaja berdepan dengan sebuah parti Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam setiap kali pilihan raya tetapi berdepan dengan sebuah kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri serta dibantu dengan jentera-jentera dan agensi kerajaan.Katanya, menjadi cabaran kepada PAS yang berusaha memperjuangkan Islam terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan karenah dalam politik di negara ini dan sangat besar pahala di sisi Tuhan jika ahli-ahli PAS dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam melalui kempen dan penerangan.

"Jika kita (PAS) dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam sangat besar pahalanya. Balasannya lebih mahal dari harga sebuah kenderaan yang paling mahal di dunia ini."Jika kita berkempen dan orang dengar kempen kita dapat pahala, kita kempen dan orang marah kita dapat pahala. Semua dapat pahala,� ujarnya.Dato� Seri Abdul Hadi turut memberi peringatan bahawa agama Islam kini dicabar oleh musuh-musuh dari segenap penjuru. Menurutnya, umat Islam kini berada di zaman berpegang dengan agama laksana 'berpegang' dengan bara-bara api.

"Kini agama Allah SWT dicabar dari musuh yang datang dari segenap penjuru. Kita berada di zaman berpegang dengan agama laksana berpegang dengan bara api. Satu zaman yang mencabar untuk melaksanakan kerja Islam," jelasnya.

1 comment:

Cucu Dagang (CD) said...

salam..glemer r ye lps ni,siap masuk TV pas lg,cayokkk..:)