Friday, January 16, 2009

PROVOKASI TIDAK CERDIK UMNO




Malam menjelang Pilihanraya PRK 036, sibuk membantu sahabat-sahabat untuk urusan kali terakhir sebelum esok menjelang. Tiba-tiba mendapat maklumat dari sahabat di luar yang memberitahu tentang provokasi UMNO yang sedang 'gila-gila' melakukan operasi meraih undi setelah merasakan yang mereka tidak mampu untuk meraih sokongan pengundi Kuala Terengganu kali ini.

Sahabat Narumi yang berada di bandar memaklumkan bahawa segerombolan mat rempit sedang berarak di Kampung Cina sambil membawa bendera PAS untuk melakukan provokasi agar pengundi-pengundi bukan Melayu terutamanya pengundi Cina merasa takut dengan 'sikap' orang PAS untuk meraih kemenangan. Ustaz Ya, antara otai PAS memberitahu kami tentang situasi serupa pernah berlaku pada tahun 1986. Natijahnya, pengundi Cina melabel PAS sebagai ganas dan sokongan terhadap PAS pada tahun tersebut telah mendadak jatuh dengan teruknya.



Melalui saat-saat akhir untuk perjuangan PRK kali ini, saya dan mungkin juga sahabat yang lain mengharapkan agar kami semua diberi kekuatan jiwa dan tenaga untuk membantu Pimpinan PAS dan jentera-jenteranya mencapai kemenangan dalam jihad kali ini. Terlalu yakin bakal menjadikan kita dalam zon yang selesa, berputus asa memungkinkan kita bersangka buruk dengan kuasa ALLAH. Semoga ALLAH membantu suara PAS dapat dibawa ke Parlimen dengan kredibiliti calon yang dipilih PAS dan Pakatan Rakyat. Bantulah kami Ya Allah, amin...!

No comments: