Sunday, June 7, 2009

MUKTAMAR 55

Alhamdulillah, dah selesai Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Biarpun pelbagai desas-desus yang tidak enak didengari, semoga Allah memberikan petunjukNYA kepada semua pendokong dan penyokong Parti Islam Semalaysia agar Islam Memimpin Perubahan dapat sama-sama direalisasikan. Doa dan usaha bersama sangat diharapkan agar ISLAM terus cemerlang, gemilang, terbilang. Saya tertarik untuk menyertakan pendirian Perwakilan Dewan Pemuda PAS Selangor mengenai isu kepimpinan ulama' dalam PAS ini. Semoga mereka yang sengaja buat-buat tidak faham itu diberi hidayah oleh ALLAH agar faham dengan sesungguhnya tentang isu ini.

Perwakilan Pemuda Selangor Mengamuk dan Bernasyid
Posted on Saturday, June 06 @ 01:55:07 PDT by TokPenghulu
Info Terkini Oleh: afyan

"

 4 Jun 2009, Taman Melewar, Gombak – Perwakilan Pemuda PAS Selangor menghangatkan suasana perbahasan Muktamar Dewan Pemuda PAS Selangor dengan memberi amaran golongan tertentu yang cuba mengambil kesempatan di dalam PAS.

Ustaz Zalkifli mengimbau kertas kerja pindaan perlembagaan berkenaan usul penubuhan Majlis Syura Ulama yang dibawa oleh perwakilan ketika krisis yang berlaku di dalam kepimpinan PAS pada Muktamar PAS pada tahun 1982.



Beliau yang membawa salinan usul berkenaan membacakan usul yang telah dibentangkan untuk mewujudkan kepimpinan ulama’ dengan memetik kata-kata Profesor Zulkifli Mohammad yang menyatakan kepimpinan ulama’ tidak sekali-kali membelakangkan kumpulan lain di dalam PAS.

Isu ulama dan professional ini sebenarnya telah diselesaikan oleh kepimpinan terdahulu semenjak 25 tahun yang lalu dengan terbentuknya konsep kepimpinan ulama’.

Perwakilan selangor, Ustaz Zulkifli Ahmad berbahas sambil memegang salinan usul kepimpinan ulama yang pernah dibentangkan pada tahun 1982. (www.PemudaGombak.com)

Lagi aksi amukan perbahasan Ustaz Zulkifli

Beliau mengambil contoh Sultan Muhammad Al-Fateh yang bukan seorang ulama’, tetapi setiap tindak tanduknya mendapat restu daripada para alim ulama di zamannya sehingga berjaya merampas Kota Konstentinopel daripada tangan jajahan kuffar.

Beberapa kali ucapan perbahasan beliau yang bersemangat disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan sehingga menghangatkan suasana di Dewan Dato’ Fadzil Noor itu.

Beliau turut menyelar golongan tertentu di dalam yang cuba menonjolkan diri bagi mendapat perhatian untuk meraih sokongan.

Ia dilihat bertentangan dengan contoh teladan di zaman sejarah Islam sebagaimana yang ditonjolkan melali kisah perlantikan khalifah selepas kewafatan Rasulullah, apabila Umar menolak untuk menjadi khalifah memandangkan Abu Bakar lebih layak sekalipun Umar dilihat lebih kuat berbanding Abu Bakar.

Perkara sama juga disebut oleh Hassan Al-Banna apabila menghuraikan pra-syarat untuk menjadi kepimpinan adalah kelayakan dan kemampuan berbanding dengan aspek fizikal dan kekuatan.

Turut disentuh tentang peranan kerajaan-kerajaan negeri dalam memberi sokongan institusi-institusi parti seperti PASTI dan Unit Amal.

(www.PemudaGombak.com)

“Saya mengambil contoh Unit Amal yang memakai baju merah, seluar selang seli putih dan hitam, kadang-kadang berkasut kadang-kadang berselipar”, katanya yang merujuk kepada kedhaifan institusi parti sambil disambut dengan gelak ketawa perwakilan muktamar.

Di penghujung perbahasan tersebut, beliau sempat menyanyikan serangkap lagu tema PAS dan mengulangi rangkap “kalah menang bukan alasannya”, yang merujuk perjuangan pemuda di dalam PAS adalah demi untuk mendapatkan keredhaan Allah semata, tanpa mendapat habuan dunia seperti gelaran YB, elaun dan sebagainya.

“Ada tu yang marah apabila tidak dipanggil YB”, katanya yang kesal dengan sikap sesetengah Yang Berhormat PAS. (www.PemudaGombak.com)

http://www.youtube.com/watch?v=2A_1czY3HaE

Ustaz Zulkifli mengakhiri ucapan perbahasannya dengan menyanyikan lagu tema PAS tanpa sebarang “pitching” yang tersilap (www.PemudaGombak.com)


2 comments:

Nafastari said...

Good point!

Unknown said...

Terima kasih kerana memasukkan artikel kami di sini :)

www.PemudaGombak.com