9 dari 10 sumber rezeki adalah dari perniagaan. Ramai dikalangan umat Islam di Malaysia hari ini terutamanya Bangsa Melayu-Islam masih belum terkesan untuk menyahut seruan tersebut, kebanyakan dari mereka lebih memilih untuk bekerja makan gaji samada di sektor kerajaan ataupun swasta. Perniagaan adalah pilihan terakhir, samada selepas bersara, mahu menambah pendapatan akibat keadaan ekonomi yang menghimpit mahupun sekadar suka-suka, bukan kerana tuntutan kerjaya dalam ISLAM.
Berbeza dengan bangsa Cina, mereka seolah-olah dilahirkan menjadi peniaga. Lihatlah kebanyakan urusan ekonomi di Malaysia hari ini, lebih dari 90% dimonopoli oleh masyarakat Cina berbanding umat Islam sendiri. Seolah-olah Bangsa Cina lebih menyahut saranan Rasulullah S.A.W, memahami, menghayati seterusnya menterjemahkan budaya perniagaan dalam kehidupan. Pekerjaan makan gaji adalah jalan terakhir selepas mereka berusaha dalam aktiviti perniagaan.
Umat ISLAM (termasuk saya) perlu kembali mengubah minda dan persepsi mereka agar sebahagian dari keperluan fardhu kifayah dapat dipenuhi. "Kamu adalah apa yang kamu makan.", saya terkesan dengan kata-kata ini, bilamana masalah mencari produk dan servis yang halal seperti mencari intan dicelah kaca. Yang haram itu jelas, yang haram itu juga jelas, namun ditengah-tengahnya ada perkara yang samar-samar yang dinamakan syubhah.
Natijah penggunaan barangan yang sebegini menyumbang kepada sikap dan permasalahan sosial masyarakat hari ni. Semoga kita berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan, apa yang kita minum dan makan, kerana segalanya pemantauan dan juga pemerhatian...wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment