Wednesday, September 23, 2009

PILIHAN




SALAM EIDULFITRI


Assalamualaikum....


Salam lebaran buat semua yang mengenali atau berkunjung ke sini.


Mohon maaf atas segala khilaf seorang insan bernama NARUMI


HAYASHIDA. Semoga ALLAH sentiasa melindungi diri ini juga


kalian semua dari godaan syaitan dan hawa nafsu yang sesat lagi


menyesatkan. Jemput datang ke rumah

Thursday, September 10, 2009

AL-FATIHAH

Takziah diucapkan kepada Ustaz Satiful Bahri, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu diatas pemergian anak beliau ke rahmatullah, baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah jua.

AGAK LAMA

Assalamualaikum....

Maaflah jika agak lama blog ini sunyi sepi dari posting terkini. Terkadang saya rasa ingin mengikut jejak sahabat saya yang bercadang mahu menutup blog beliau bagi mengelakkan fitnah. Apapun alhamdulillah kerana beliau membatalkan hasrat tersebut. Saya pun cuma seperti diagah-agah untuk mendelete blog ini. Rasa bersalah kerana tidak mampu untuk cergas dan cerdas menulis seperti biasa.

Keterbatasan waktu juga access di tempat saya mewajarkan hal demikian. Namun berkat sokongan dan doa sahabat barangkali, semangat yang hilang itu boleh dijumpai semula. Doakan hati ini kuat menerima dan menguruskan ujian dari ALLAH, susah mahupun senang. Bak kata Ustaz Saiful Islam, KITA SENTIASA LAYAK DIUJI meskipun pada pandangan mata orang lain juga diri sendiri kita rasa sebaliknya.


Menghadapi ujian, kita dapat menilai siapa orang di sekeliling kita yang boleh kita panggil sebagai sahabat. Kala kita memerlukan sokongan dan juga dokongan, semangat juga harapan. dimana insan yang mengaku sahabat? Siapa antara kita yang sebenarnya memahami takrif sebenar persahabatan? Saya tidak berani mengaku saya adalah sahabat yang paling setia, kerana saya adalah manusia biasa.

Apapun pada saya, persahabatan yang jujur, ikhlas, tidak pernah mengharapkan balasan. Kadang-kadang saat kita perlukan kehadiran sahabat diwaktu kita menghadapi saat-saat genting, orang yang kita harapkan tidak kunjung tiba. Selalu diri berpesan kepada hati, bersangka baiklah, mungkin sahabat itu mempunyai halangan yang tidak dapat dielakkan.

Persahabatan tidak menuntut balasan. Tapi suka saya ingatkan pepatah lama "Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa". Biarpun dalam persahabatan, kata orang tidak menuntut balasan, namun kita sebagai manusia yang berakal, dan mungkin juga telah diasuh dengan nilai budi, tahulah untuk memberi balasan budi baik orang lain kepada kita, biarpun dengan secebis senyuman, atau kata2 yang baik, semua itu tetap termasuk dalam nilaian ALLAH.

Akhir kalam, semoga saya dapat hargai apa yang saya ada hari ini, semoga saya tenang menghadapi 1001 keributan yang telah, sedang dan bakal melanda diri saya juga manusia di sekeliling saya, semoga ALLAH sentiasa memelihara diri, hati juga fikiran Narumi dari sebarang anasir yang merosakkan. Semoga Ramadhan yang berbaki ini dapat dioptimumkan sebaik mungkin, wassalam.