Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

AL-FATIHAH

Takziah diucapkan kepada Ustaz Satiful Bahri, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu diatas pemergian anak beliau ke rahmatullah, baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah jua.

Sunday, August 2, 2009

AL-FATIHAH

Assalamualaikum...
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Allahyarham YB Datuk Haji Hamdan yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Julai lalu di Institut Jantung Negara (IJN). Allahyarham yang merupakan antara pemangkin utama PAS di Pulau Pinang, dan juga antara ADUN PAS yang terlama di Permatang Pasir. Walaupun di saat Pakatan Rakyat menghadapi situasi genting pada pilihanraya tahun 2004, alhamdulillah sokongan rakyat Permatang Pasir terhadap perjuangan Islam dibawah pimpinan beliau tidak pernah luntur.


Setelah Pok Su Wei di Manek Urai meninggalkan kita, kini Datuk Haji Hamdan juga turut 'berpindah' ke alam baru, bertemu ALLAH, kekasih yang beliau rindui sekian lama. Semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama beliau dan juga roh para amilin di jalan ini. Adalah diharapkan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat tetap utuh walaupun seorang demi seorang pejuang telah kembali menghadap ALLAH, kekasih yang abadi. Semoga ditakdirkan satu masa nanti kita semua akan dibangkitkan bersama golongan pejuang agama ALLAH yang ikhlas di jalanNYA, amin...

Saturday, August 2, 2008

BELASUNGKAWA

Pagi Ahad, definisi Sunday Blues mungkin kadang-kadang sesuai untuk diri yang acapkali rasa letih seluruh badan, fikiran apatah lagi. Namun saya selalu cuba bisikkan kepada hati, malah sepatah dua kata perangsang daripada sahabat dan juga kekentalan emak yang tetap bersemangat bekerja, letihlah kita di dunia, agar jangan kita ini nanti keletihan yang tak sudah-sudah di akhirat. Suasana pejabat seperti ghalibnya, kelihatan sunyi-sepi. Namun, tetap bergerak seadanya. Disinilah bercambahnya 1001 pemikiran dan tindakan, agar apa yang direncanakan memberi khidmat yang terbaik di lapangan umat.Sedang ralit melihat maklumat terkini, saya terdengar salah seorang staf bercakap di telefon, tertanya-tanya dalam hati kerana bunyinya agak lain dari kebiasaan.


Rupa-rupanya berita kematian. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Terengganu, Kak Hamidah Daud atau lebih mesra dengan nama Kak Dah, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, lebih kurang pukul 11.40 pagi. Tergamam seketika, meremang bulu roma saya dengan berita yang tidak disangka-sangka itu. Masih terbayang-bayang ketika bertemu beliau dan anaknya Amal yang saya jumpa dalam bas Transnasional semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur baru-baru ini.Benarlah, maut itu sudah Allah tetapkan sejak di suratan azali lagi. Dimana, bila dengan siapa hanya Allah sahaja yang mengetahui. Beliau pergi sebelum genap usianya 52 tahun pada 8 Ogos 2008 ini.

Allahyarhamah Puan Hamidah Daud

Menyentap hati dan naluri, salah seorang pejuang Islam telah kembali menemui Tuhannya, tinggallah yang masih hidup ini meneruskan apa yang tinggal sehingga masa mereka termasuklah yang menulis sendiri dipanggil oleh Allah. Kematian boleh menginsafkan kita semua, bilamana kita benar-benar ingin mengambil pengajaran darinya, sepertimana pemergian suami emak saudara saya pada 27 April baru-baru ini.Yang pergi, pergilah dia, sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat serta di tempatkan dikalangan orang-orang yang dekat disisi Allah. Kita yang masih tinggal ini sama-samalah berusaha untuk mencari keredhaan Allah agar jalan yang dilalui mendapat rahmat dan juga berkat dariNYA.Wallahu'alam.