Assalamualaikum...
Bilamana membaca muka depan Berita Harian bertarikh 4 Oktober 2009, Bumbung Masjid Runtuh, sudah terdetik dalam hati, negeri Terengganu la ni, agakan saya tepat bilamana kejadian tersebut berlaku di Masjid Batu Putih, Chukai. Balasan wang rakyat yang digunakan membuta-tuli, namun bahananya terbias pada insan marhaen yang tidak berdosa. Apa khabar agaknya masjid-masjid lain yang turut sama melalui proses yang tidak telus? Kebimbangan saya terhadap daerah-daerah lain yang mempunyai masjid sedemikian. Semoga ALLAH melindungi kami, rakyat Terengganu Darul Iman...amin!
Kerteh: Bumbung Masjid Runtuh, Seorang Parah
KERTEH: Seorang buruh cedera parah manakala dua rakannya mengalami cedera ringan apabila struktur bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih dekat sini yang sedang dibaiki runtuh pagi tadi. Mangsa, Marzuki Nordin, dari Aceh kini dirawat di Hospital Daerah Dungun manakala Iswanda Othman dan Saifuddin Abdullah, menerima rawatan pesakit luar di hospital berkenaan. Iswanda, 23 yang ditemui di tempat kejadian, berkata ia berlaku kira-kira jam 9 pagi itu ketika dia dan rakannya baru sahaja memulakan tugas mencabut atap masjid itu.
KERTEH: Seorang buruh cedera parah manakala dua rakannya mengalami cedera ringan apabila struktur bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih dekat sini yang sedang dibaiki runtuh pagi tadi. Mangsa, Marzuki Nordin, dari Aceh kini dirawat di Hospital Daerah Dungun manakala Iswanda Othman dan Saifuddin Abdullah, menerima rawatan pesakit luar di hospital berkenaan. Iswanda, 23 yang ditemui di tempat kejadian, berkata ia berlaku kira-kira jam 9 pagi itu ketika dia dan rakannya baru sahaja memulakan tugas mencabut atap masjid itu.
"Ketika itu saya dan Marzuki naik di tepi bumbung masjid dan baru sahaja mencabut 20 keping atap sebelum tiba-tiba runtuh menyebabkan kami berdua terjatuh," katanya. Beliau berkata, Marzuki cedera parah di kepala manakala dia luka di lengan kanan dan rakannya Saifuddin turut mengalami luka kecil akibat terkena struktur bumbung yang terjatuh itu. Sementara itu, seorang saksi Mohd Hafiz Kat Wiyah, 19, berkata beliau terdengar bunyi kuat dari arah masjid ketika baru sahaja hendak membuka kedai makannya yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
"Saya lihat bumbung masjid berhadapan kedai makan tempat saya bekerja runtuh dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua lagi rakan lain. "Apabila sampai di tempat kejadian saya lihat seorang sedang mengangkat batu-batu yang runtuh, manakala seorang lagi sedang membantu rakannya yang berdarah di bahagian kepala. Mangsa yang cedera di kepala itu turut muntah darah," katanya. Melihat keadaan itu, katanya, dia terus berlari kembali ke kedai dan mengambil van untuk membawa mereka yang cedera ke Klinik Kerteh, sebelum seorang daripada mereka dibawa ke hospital. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Putih, Aziz Idris, 54, berkata masjid yang mula dibina pada tahun 2006 itu berharga RM2.1 juta dan baru sahaja digunakan bulan November tahun lalu.
"Penduduk mulai mengesan kerosakan pada bahagian bumbung itu tiga bulan lalu dan telah melaporkannya kepada pihak berkenaan," katanya. Katanya, sepatutnya satu majlis pernikahan dijadualkan di masjid itu kira-kira jam 12 tengah hari tadi, namun disebabkan kejadian itu ia terpaksa dijalankan di Masjid Kampung Pengkalan Ranggon. Tinjauan Bernama mendapati, masjid berkenaan tidak dapat dimasuki dari pintu depan apabila hampir keseluruhan bumbung hadapan masjid itu runtuh, manakala bumbung di ruang sembahyang berhampiran pintu masuk juga rosak. - Bernama
Narumi : Teringat kisah Masjid Bujal yang diruntuh dengan sengaja pada tahun 2004, adakah ianya balasan ALLAH?
No comments:
Post a Comment