Saturday, November 7, 2009

DENGAN APA


Bagaimana harus saya nyatakan rasa bersyukur ini? Bilamana ALLAH memakbulkan doa saya.
Dengan apa harus saya tunjukkan kegembiraan ini?

Bilamana 'mereka' yang dianggap bermasalah dalam PAS itu, ALLAH berikan peluang untuk masih bersama dalam saf pimpinan ISLAM ini?

Yang paling mudah, alhamdulillah. Segala puji saya kembalikan kepada ALLAH, Tuhan Yang Maha Mengerti segala keributan yang dirasai oleh hambaNYA. Yang paling 'mencabar' adalah bagaimana untuk menterjemahkan rasa syukur itu dalam gerak kerja saya akan datang? Mohon petunjukNYA jua...

Biarpun hati saya terguris dengan tindakan 'kurang sopan' Prof Aziz Bari yang menyerang sebelum menerang, saya bersyukur kerana ALLAH memahami apa yang tersirat di lubuk hati
saya, hambaNYA yang lemah ini.

Ujian tidak akan pernah berhenti selagi kita tidak menutup mata, malah sebelum tibanya hari kiamat. Langkah kita? Hadapi dengan kekuatan tarbiah yang diterima selama ini, perkemaskan ukhuwwah, serta sentiasa thabat dan mohon padaNYA!

Tolong doakan saya dan yang lain ya....?

2 comments:

Nafastari said...

Semoga PAS bertambah teguh, dan Narumi terus tetap dalam perjuangan mendaulatkan Islam.

hidayah said...

salam. AlhamduliLlah semua dah settle. Moga lepas ni kita sama-sama ambil iktibar dan berjaga-jaga dengan pengalaman ini. Kita semua sebagai ahli, kene jaga adab berjemaah. Tanpa adab, maka tiadalah roh perjuangan yang kita harapkan selama ini.. Takbir!