Entah bila saya sebetulnya sudah berada di puncak. Puncak keinginan hati untuk menamatkan zaman solo. Bagai tersedar dari impian bila kawan lama saya berkata saya sudah di puncak. Puncak bukit katanya. Saya fikir saya masih harus mendaki. Namun hakikatnya saya sudah di puncak.Mungkin masanya untuk saya menuruni semula bukit itu. Mulakan pendakian semula.Mencari titik mula dari awal. Bagaimana? Apa? Siapa? Saya tak tahu. Saya masih lagi buntu. Dalam kebuntuan itu, saya cuma nampak SATU...ALLAH. Walau sehancur manapun harapan saya yang pernah wujud selama ini. ALLAH tidak pernah tinggalkan saya. Cuma saya yang selalu terlupakan DIA.
Saya ingin senyum semula. Saya ingin bangkit semula. Membina diri saya dalam keredhaanNYA. Biarlah saya dilihat dunia gagal berkali-kali. Namun saya mohon pada ALLAH dengan sangat, agar tidak muflis dunia dan akhirat. Saya takut itu. Saya bimbang itu. Jauh dalam diri saya ingin tahu di mana saya harus bermula semula. Hala langkah saya perlu ditetapkan sekali lagi. Biarlah, ini jalan takdir saya. Melalui dan menghadapi semuanya dalam ketawa dan air mata. Mungkin selama ini ALLAH kuatkan saya dengan teman seperjuangan dan jalanNYA. Tapi kini masing2 juga sudah punya kehidupan sendiri. Saya akui dan faham keadaan itu. Semuanya kini mengingatkan saya yang manusia boleh datang bersilih-ganti. ALLAH sahaja sebaik-baik TEMAN SEJATI.
No comments:
Post a Comment