Wednesday, December 4, 2013

TERHENTI DI SINI

Masih menunggu gambaran yang jelas tentang jalan menuju matlamat akhir hidupku, Mardhatillah. Matlamat sungguh jelas, namun panduannya selalu kabur. Pasti lantaran dosa yang masih berkarat dalam diri, dalam hati, dalam jiwa, dalam mindaku belum terkikis kerana sudah bersarang di dalamnya sekian lama. Tiada lain yang aku pinta YA ALLAH, bantulah aku supaya kuat dan bertabah untuk kembali ke Titian MustaqimMU, amin...

Sunday, October 27, 2013

PERMULAAN BARU?

Semalam...
Lain dirancang lain menjadi. ALLAH sentiasa tahu apa yang dikehendaki. Petang merancang untuk menjalani praktikal di Gombak Setia, namun ALLAH menghendaki saya menghadiri temuduga mengejut di Wangsa Melawati. Insiden itu hanya bermula bila saya bersembang dengan mantan teman serumah tentang kerjaya suaminya. Rancak perbualan bila saya berminat dengan kerjaya Pok Ku, suaminya Linda. Mulanya cuma bercadang untuk bertanya, tapi bila hal itu Linda tanyakan pada Pok Ku, dengan izin ALLAH disuruhnya saya pergi temuduga. Petunjuk baru dari ALLAH? Saya akan redahinya. Doakan saya

Monday, October 21, 2013

PANTULAN FIKIRAN

Teringat susah-payah para guru dahulu mengajar kita. Berkat keikhlasan dan doa mereka, ilmu tersebut masih ada yang teringat dan dapat diamalkan hari ini. Jika kita guru hari ini, bisakah apa yang kita ajari tertanam dalam diri anak didik seperti guru kita dahulu? Ya ALLAH, berilah jalan tunjuk dan rahmatMU dalam kami mencari bekalan saham akhirat sana, amin...

Sunday, October 20, 2013

BERTANGGUH ATAU BERSUNGGUH?

Bismillahirrahmanirrahim...

Kekuatan itu perlu kesungguhan. Kesungguhan itu perlu keyakinan. Keyakinan itu terbentuk dari keimanan. Keimanan itu dari manusia mencari KeIlahan. Teruskan pencarian. Tebarkan harapan. Gemburkan semangat dan ruh baru. Servis Hati, Akal serta Jiwa perlu sentiasa, amin...Gambate Kudasai!

Sunday, January 27, 2013

SENYUM ITU PENAWAR

Ya Allah ya Tuhanku..

Berikanlah aku kekuatan untuk tetap tersenyum.. Andai keperitan, kepedihan, kesulitan dan kesukaran ini merapatkan aku dengan-Mu berilah kekuatan padaku untuk menempuhinya.. dan andai ia menjadi asbab untuk aku semakin jauh dari-Mu, didikkanlah hatiku ini kepada-Mu.. supaya aku lebih tenang dan tabah menerusi keperitan ini.. Tiada yang lebih memahami selain dari-Mu.. hanya pada-Mu aku mengadu dan berserah......

UBAT HATI

Dari FB:

Ubat hati ♥

Orang yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu tangisannya itu Allah ganti dengan syurga, hingga suatu ketika ditanya, pernahkah engkau merasa susah di dunia, bahkan jawabnya aku sudah lupa jika aku pernah susah di dunia dahulu ♥

Sabarlah duhai hati atas segala ujian & mohonlah dgn doa Nabi,

"Ya Allah, lindungilah kami dari takdir yang buruk dan janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang berat " :))

Saturday, January 26, 2013

INGIN BERTABAH

Memandang ke tanah, merenung segala dosa silam dan kini...
Mendongak ke atas, menyaksikan indahnya alam ciptaan Illahi...
Membisik ke dalam diri, aku perlu usaha untuk berlari kembali...
Memejamkan mata, mengingati kembali segala impian dan harapan...
Menguatkan semangat dalam jiwa, ALLAH itu ada...
Melebarkan senyum di bibir, tok, mak dan ayah sentiasa mendoa...
Melapangkan minda dan fikiran, memberi ruang baru dalam hati nurani...
Mengharapkan rahmat dan ampunanNYA...
Mengharapkan penghujung hidup dunia dalam husnul khatimah jua...amin

(T_T)

Wednesday, January 16, 2013

DI PUNCAK

Entah bila saya sebetulnya sudah berada di puncak. Puncak keinginan hati untuk menamatkan zaman solo. Bagai tersedar dari impian bila kawan lama saya berkata saya sudah di puncak. Puncak bukit katanya. Saya fikir saya masih harus mendaki. Namun hakikatnya saya sudah di puncak.Mungkin masanya untuk saya menuruni semula bukit itu. Mulakan pendakian semula.Mencari titik mula dari awal. Bagaimana? Apa? Siapa? Saya tak tahu. Saya masih lagi buntu. Dalam kebuntuan itu, saya cuma nampak SATU...ALLAH. Walau sehancur manapun harapan saya yang pernah wujud selama ini. ALLAH tidak pernah tinggalkan saya. Cuma saya yang selalu terlupakan DIA.

Saya ingin senyum semula. Saya ingin bangkit semula. Membina diri saya dalam keredhaanNYA. Biarlah saya dilihat dunia gagal berkali-kali. Namun saya mohon pada ALLAH dengan sangat, agar tidak muflis dunia dan akhirat. Saya takut itu. Saya bimbang itu. Jauh dalam diri saya ingin tahu di mana saya harus bermula semula. Hala langkah saya perlu ditetapkan sekali lagi. Biarlah, ini jalan takdir saya. Melalui dan menghadapi semuanya dalam ketawa dan air mata. Mungkin selama ini ALLAH kuatkan saya dengan teman seperjuangan dan jalanNYA. Tapi kini masing2 juga sudah punya kehidupan sendiri. Saya akui dan faham keadaan itu. Semuanya kini mengingatkan saya yang manusia boleh datang bersilih-ganti. ALLAH sahaja sebaik-baik TEMAN SEJATI.

Tuesday, January 8, 2013

2 TAHUN YANG HILANG

Bermula November 2010 hingga Disember 2012, terasa banyak perkara yang hilang dalam diri.

Semangat yang hilang...
Harapan yang hilang...
Identiti diri yang hilang...
Ketenangan yang hilang...
Ketabahan yang hilang...
Keceriaan yang hilang...
Kedamaian yang hilang...

Banyak lagi yang hilang, termasuk hati ini. Ya ALLAH, di mana hatiku, semoga bertemu di tahun 2013 ini, amin...

Sunday, January 6, 2013

2013

Assalamualaikum....

Sunyi-sepi...
Senyap...
Bersawang...

Mencari makna diri. Menjejak erti insan yang rasa terkanjar jauh ke belakang.
Hanya ingin satu, DIA. Bukan yang lain. Makhluk ciptaanNYA hanyalah persinggahan.
Damba CintaMu, aku kembali...

Wangsa Ceria
7 Januari 2013
24 Safar 1434H

Monday, August 8, 2011

RAMADHAN INI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


Hampir beberapa bulan sudah berlalu. Semangat untuk berblog saya seperti angin, kencang tetapi tidak wujud secara lahiriah. Tidak pasti apa yang hilang dari diri, yang pasti saya rasa kehilangan...hilang idea, hilang semangat (bukan 100% yang pastinya). Mujurlah semangat Damba CintaMU masih membugar, insyaALLAH. Hanya padaNYA dimohon kekuatan untuk semua yang telah, sedang dan akan saya lalui dalam perjalanan yang masih berbaki di bumiNYA ini.





Kembali mendepani cabaran suka-duka di Kota Metropolitan setelah saya berusaha dan berjanji pada diri untuk menabur bakti pada tanah kelahiran tercinta. ALLAH Maha Tahu, Maha Merancang, Maha Menentukan. Saya bisa merangka perancangan untuk diri sendiri, namun seluruh jasad, fikiran dan segala yang bersangkutan dengan dengan diri seorang Narumi Hayashida adalah milik ALLAH, Pencipta saya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini. Air mata gembira dan duka silih berganti, namun insyaALLAH semua itu akan sentiasa menguatkan ketahanan seorang Narumi Hayashida.




Hari ini, 8 Ramadhan 1432H, syukur padaNYA kerana masih diberi ruang untuk bernafas dan merasai Bulan penuh Rahmat dan Barakah, Bulan Ibadah dan 1001 ganjaran yang telah ALLAH janjikan buat hambaNYA yang ingin menggali hikmah dan ganjaran disebaliknya. Setiap kali Ramadhan, pasti ada hamba ALLAH yang pergi sebelum sempat merasai Ramadhan berikutnya. Mungkinkah ini juga adalah Ramadhan terakhir saya? Hanya DIA Maha Tahu. Semoga ruang dan peluang yang masih ada untuk saya dapat dimanfaatkan sebaiknya kerana saya belum pasti dapat melaluinya lagi tahun hadapan. Selamat berpesta ibadah semua, semoga ALLAH sudi memberi kita rasa IKHLAS dalam menDAMBA CINTANYA, amin...

Thursday, April 14, 2011

MUAR-KERUH AIR DI MUARA


Assalamualaikum...


Muar, Bandaraya Bersejarah. Banyak kisah berlangsung di sini. Sedari zaman penjajahan British hinggalah sekarang. Allah memberi peluang kepada diri untuk mengenali Daerah Muar, salah sebuah daerah tertua di Negeri Johor. Meladeni erti kehidupan di sini, diuji rasa berseorangan, semoga kekuatan dan kasih sayang ALLAH sentiasa mengiringi hambaNYA yang lemah dan tidak berdaya. Mencambah kasih dan rindu pada kampung halaman melewati lebih suku abad hidup di dunia. Allah Maha Mengerti, Maha Memahami, Maha Menentukan apa yang tidak diketahui. Semoga kita semua mampu mendepani 1001 persoalan dalam hidup dengan cemerlang hidayah dan panduan dari ALLAH jua, amin...

Saturday, March 12, 2011

Akhirnya...


Assalamualaikum...


Setelah saya berjaya menepis rasa negatif yang bersarang, pertapaan dari menulis blog kini sudah tamat. InsyaALLAH saya mencuba sedaya yang mampu untuk berkongsi apa jua kebaikan yang boleh dikongsi bersama pembaca semua. Semua dinilai kebaikan disisi ALLAH suatu saat nanti, amin...


p/s:Hari ini cuma bertempoh 9 bulan insan bernama Narumi Hayashida x mengemaskini blognya, xla lama sangat kan, hehehe...

Sunday, June 13, 2010

DASAR YAHUDI...


Di suatu hotel, di Eropah... Ada seorang YAHUDI keluar dari hotel jam 11 malam. Dia ingin mencari teksi untuk pergi ke suatu tempat. Saat itu, cuaca sangat buruk.Hujan dan salji turun secara bergantian.
"Encik, tolong panggilkan teksi." Kata orang YAHUDI itu kepada pekerja hotel tesebut.

Kemudian datanglah teksi yang dimintanya.Lalu dia mengatakan "Jangan, jangan yang itu!...Biarkan teksi itu pergi!" Jawab YAHUDI kepada pekerja hotel.

Kemudian datang teksi yang kedua. "Jangan, jangan yang itu! Saya tidak mahu yang itu.." Teksi yang kedua pun berlalu pergi.

Kemudian teksi yang ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya sampai ke teksi yang kesembilan hingga saatnya sampai ke teksi yang kesepuluh,barulah YAHUDI ini mahu naik.

Kerana ingin tahu, pekerja hotel ini pun bertanya kepada yahudi tersebut. "Encik, kenapa encik naik teksi yang ini? Kenapa dengan sembilan teksi yang tadi?
"YAHUDI itu pun menjawab dengan mantap. "Saya tidak tahu siapa pemilik teksi yang sembilan tadi, tapi saya tahu pemilik teksi yang kesepuluh ini adalah orang YAHUDI.

Saya tersentak mendengar cerita itu. Baru saya faham, betapa orang YAHUDI sangat memperhatikan setiap sen wang yang keluar dari poket mereka. Dia harus yakin bahawa wangnya harus kembali di poket orang YAHUDI.

Bagaimana dengan kita?... Ternyata sudah lama mereka memboikot produk MUSLIM. Tetapi kita, baru mahu memboikot produk YAHUDI saja masih berdebat antara kita.

1400 tahun yang lalu Allah telah menurunkan ayat tentang boikot..

“Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.Dan janganlan kamu mengikut jejak langkah syaitan,kerana seungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Baik dari segi kesihatan, baik dari segi ekonomi, baik dari segi politik dan baik segala-galanya. Ayat ini untuk seluruh manusia, untuk memboikot yahudi dan seluruh konco-konco mereka. Boikot ini untuk semua produk syaitan. Mari...Kita boikot semua produk syaitan dan teman-temannya mulai hari ini. Jangan makan produk mereka. Dimakan saja jangan, apatah lagi di beli.

Bagaimana dengan kita? Jika seluruh MUSLIM tidak membeli dan memakai produk YAHUDI, berapa banyak kebaikan ekonomi yang boleh kita rasakan. Berapa banyak nyawa saudara kita yang boleh kita selamatkan.

Ayuh bangunkan ekonomi umat! Cintai produk sesama MUSLIM. Mulailah dari diri sendiri dan mulailah dari hari ini.

JANGAN PERNAH SERAHKAN URUSAN UMAT ISLAM PADA YANG TIDAK PEDULI TENTANG ISLAM....SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH SUDAH DEKAT,DAN ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR....

Tuesday, April 6, 2010

Monday, March 29, 2010

HIDUNG


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/”breathe- in” and exhaling/”breathe- out”?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it’s not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/”heat” and the left side represents the moon/”cold” .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Sumber:e-mail

Monday, March 8, 2010

KISAH TEMUDUGA SATU SOALAN


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat calon sahaja yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau yang tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga sekali lagi (beliau tidaklah sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata:

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini.”

Soalannya adalah: “Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,

“FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari.”

“Bagus, satu jawapan yang baik,” kata CEO tadi.

“Kamu pula?” tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip,” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan Melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan,” kata CEO itu.

“Bagaimana kamu pula?”, tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ini. Bagaimana pula dengan kamu?”

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT,” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa?? CIRIT-BIRIT?? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…”

Calon keempat terus diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan…

Wallahu a’lam.

sumber

Tuesday, March 2, 2010

BERIANI DHAB..PERNAH CUBA?

Beriani Dhab...


Mamat ni tgh kejar dhob..


Power gak dhob ni lari...


Sumbatkan selipar dlm lubang dia, terperangkap akhirnya dia.


Dhob yang menyorok di celahan batu.. click pada read more untuk image seterusnya yang lebih power...


Gemuknya dhob nih..


Ni biawak.. jgn korang igt dhop plak nanti..


Sembelih...


potong kepala...


Kulit dia kasi siat jer mcm kambing... hehehe


ni la caranya...


Ekor dia ni.. jgn korang igt pokok lidah buaya plak nanti..


Siap disiang..


Mcm katak pun yer jugak ek... hehehe....


Telur serta isi perut dia...


Basuh dulu...


Sedia untuk dimasak...


Masukan kedalam kuah kari...


Masak bersama nasi beriani..


Sedia untuk hidangan..


Perahkan limau .. perghhh.. lapar plak rasanya...


Jom kita makan... sedapnya.... !!!!!