Pagi itu, Najibah ada urusan diluar bersama-sama sahabat sekampusnya. Saya dengan tidak banyak kerenah menurut saja (yelah, kita ni tetamu, mana boleh nak memandai-mandai!). Bersantai di rumah beliau sambil berbual-bual dengan rakan serumahnya tidak membosankan mana. Tambahan pula saya sempat mengkhatamkan buku 'Aku Terima Nikahnya' karya Ustaz Hasrizal Jamil, tuan punya blog saifulislam.com. Teringat-ingat kenangan semasa bersama-sama sahabat rumah sewa semasa di kampus dulu. Sesungguhnya saya merindukan suasana itu, tapi apakan daya, ia tak mungkin akan berulang kembali.
Tengahari, urusan Najibah hampir selesai. Kami ke Hotel Carlton di Shah Alam. Bertemu dengan sahabat-sahabat Nisa' Malaysia yang berprogram. Saya menjadi peserta secara tidak langsung, alhamdulillah. Pengisiannya adalah berkenaan dengan kekuatan hubungan bekerja secara berpasukan, kekuatan hati kita bilamana perlu mendepani 1001 rintangan, malah yang paling utama taalluq billah kita yang perlu kukuh dengan Sang Pencipta. Majlis ini diserikan jua dengan kehadiran Dr. Halimah Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor yang begitu sporting bersama-sama saya dan yang lain dalam satu kumpulan semasa modul 'Roller-Rolli'.
Sayang sekali, gambar-gambar program tidak dapat saya muatkan disini. Saya bukan orang yang mampu untuk memiliki kamera digital mahupun telefon berkamera buat masa sekarang. Menumpang dalam kamera orang boleh la..Huhu.Segalanya berakhir kira-kira jam 6 petang, alhamdulillah. Sessi bersalam-salaman dengan sahabat-sahabat Nisa' dan insyaALLAH janji pada diri, saya ingin istiqamah di atas jalan ini, bersama menjadi PENGHUBUNG GENERASI MUDA. Bila dan bagaimana, dengan siapa, akan saya usahakan mencari jalannya.
Selepas maghrib, Najibah, Rena dan Faiz bersama dengan saya sekali lagi menjamu selera di warung ketika mula-mula sampai di Petaling Jaya dulu. Rupa-rupanya warung itu berdekatan dengan asrama pelajar antarabangsa UM. Selesai semuanya, kami ke Hentian Putra dalam suasana jalanraya yang kurang sesak, mungkin juga kerana cuti. 9.30 sampai di Hentian Putra, mundar-mandir di situ. Bas tiba awal. Bersalam-salaman dengan sahabat, rasa sayu lagi di hati (makin tua makin sentimental Narumi ni!). InsyaALLAH saya akan kembali lagi kesini.
Mencari-cari tempat di dalam bas, alamak! saya terpaksa duduk bersebelahan dengan seorang pemuda. Rasa nak menangis tapi saya kena selambakan diri. Kurang selesalah duduk saya dalam bas malam ni, huhu. Saya berdoa mudah-mudahan kerusi di sebelah yang saya naik tidak akan ada orang mendudukinya. Bas berjalan, hampir 30 minit selepas itu, memang kosong! Alhamdulillah! Allah makbulkan hasrat saya. Berpindah ke kerusi yang tidak bertuan itu. Mulalah merenung jalan-jalan di KL yang perlahan-lahan ditinggalkan.
Tiba-tiba naik seorang mak cik dan duduk disebelah saya, tertanya-tanya juga kenapa dia naik ke tingkat atas. Rupa-rupanya nak merasa naik bas 2 tingkat. Saya tersenyum aja. Takpelah, sekurang-kurangnya merasalah mak cik dari Manir tu camana duduk kat tingkat 2 sebuah bas. Tak adelah kempunan sangat nanti, hehehe. Saya berbual sedikit-sebanyak dengan beliau sebelum mengambil keputusan melelapkan mata selepas itu. Ketika melepasi stesen bas Pak Sabah, Dungun saya terjaga sebentar kemudian tertidur kembali. Sampai di Rusila, saya terjaga dan menunggu-nunggu sampai ke destinasi.
Hampir jam 5 pagi, sampai di Kuala Ibai. Rasa agak cuak dengan suasana jalan yang agak senyap-sunyi. Saya tawakkalkan hati. Turun dari bas, alhamdulillah. Rupa-rupanya 2 pupu saya, Kak Nor dan suami beliau turun dari bas yang sama. Katanya dia ke Kuala Lumpur menziarahi Kak Aeni, adiknya. Alhamdulillah, sampai juga di rumah. Terasa Terengganu kembali.Mudah-mudahan musafir ini banyak memberi gambaran baru untuk perjalanan hidup saya akan datang. Berjalan, melihat, mentafsir. Saya kagum dengan pengembara dahulu seperti Ibnu Batuttah, Imam Syafei, Panglima Awang dan sebagainya mencari khazanah hidup di tempat orang. Terdetik di hati untuk melakukan hal yang sama, tapi saya ini perempuan. Mudah-mudahan dipermudahkan lagi di masa-masa akan datang.Wallahu'alam.
Adakah buku ini hanya berkisar tentang rumahtangga semata-mata? Baca dulu baru tahu!

No comments:
Post a Comment