

"KULLU AAMIN WA NAHNU BI ALFI KHAIR"

Bimbinglah diri ini yang mendambakan cintaMU, aku yang lemah malah jahil tanpa pimpinan dariMU.Hanya KAU Yang Maha Pengasih Maha Penyayang kepada hamba-hambaMU. Selangkah aku kepadaMU, seribu langkah KAU padaku...
Di sini, saya ingin membawakan beberapa contoh jenaka Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin ketika memberi kuliah pengajian. Semoga Allah merahmati beliau dan menggembirakan beliau dengan balasan syurga.
1) Seorang murid bertanya: Dalam hadis disebut bahawa tidak boleh membuat perlumbaan kecuali haiwan yang mempunyai khuf (unta), atau memanah, atau haiwan yang kakinya menghentak (kuda). Apa pandangan syeikh tentang mereka yang mengadakan pertandingan ayam dan merpati?
Syeikh menjawab: Dalam hadis tersebut, maksudnya tidak boleh diadakan hadiah dalam pertandingan kecuali yang disebutkan itu. Kerana perkara-perkara itu membantu di dalam peperangan. Oleh sebab faedah ini, syarak membenarkan disediakan pertaruhan dalam pertandingan ini. Jadi, kalau ayam kamu boleh menyumbang dalam peperangan, kamu boleh menunggang ayam kamu, ia boleh berlari ke sana ke mari, maka bolehlah. Jika tidak, maka tidak harus. (Liqa Al-Bab Al-Maftuh).
2) Dalam satu pengajian nahu Bahasa Arab, Syeikh meminta seorang muridnya membina satu ayat. Lalu muridnya menjawab.
Murid: “Saya membaca di hadapan seorang mabuk”.
Syeikh: Allahul Musta’an. Kamu tidak menjumpai orang yang tidak mabuk untuk kamu baca di hadapannya?
3) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas daripada fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang bersetuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mahu beredar, syeikh bertanya kepadanya. Syeikh: Kamu mahu ke mana? Lelaki: Mahu berjalan-jalan. Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.
4) Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau menyoal murid-muridnya.
Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing.
Murid-murid: (ketawa).
Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum dua bayi itu, adakah dua bayi itu dikira saudara susuan? Kerana susunya adalah sama. Jawapannya ialah kalau dua bayi itu ialah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.
5) Seorang lelaki bertanya syiekh,
Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa?
Syeikh: Menurunkan tangan.
6) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah.
Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran daripada radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah?
Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.
7) Dalam satu pengajian tentang hukum-hakam nikah, seorang murid bertanya.
Murid: Syeikh, kalau saya berkahwin, kemudian mendapati isteri saya tidak ada gigi. Adakah ia dikira aib yang membolehkan fasakh?
Syiekh: (ketawa) Bagus isteri macam tu, supaya kamu tidak digigitnya.
8 ) Dalam satu majlis ceramah, pengerusi majlis mengalu-alukan syeikh dengan ucapan doa. Antara lain pengerusi menyebut, “…semoga Allah memberikan beliau kesihatan sehingga hari pembalasan (akhirat)”.
Syeikh mencelah, “Sehingga hari pembalasan?!”.
Rahimallah Fadhilat Al-Syeikh Rahmatan Wasiah.
Kisah-kisah ini diambil daripada satu thread dalam Multaqa Ahli Hadith.
di http://abuumair1.wordpress.com/2008/09/07/jenaka-dalam-ilmu/
DAKWAH – short and simple six alphabets word, but presenting a tremendous and significant outcome.
Malah sedih untuk saya katakan, ada di kalangan aktivis dakwah (siapa makan cili dia terasa pedasnya) memandang sebelah mata apabila bertemu dengan perkataan DAKWAH ini di celah helaian artikel, majalah dan bahan ilmiah yang lain, seolah-olah segalanya berhubung dengan ilmu DAKWAH sudah kita hadam tanpa perlu ada sumber lain yang memberitahu kita apa itu erti dan tuntutan DAKWAH. Jelek lagi pelik.Tapi inilah realiti yang berlaku sehingga saat ini menyebabkan gerakan dakwah kita dibelenggu dengan kejumudan, malah dengan mendabik dada kita menafikan pandangan luar yang mengkritik bahawa gerakan dakwah masih dibawah tempurung tanpa lubang.
Analogi DAKWAH – Doktor pakar, penawar dan pesakit
Senario masyarakat
Sakit ini apa jenis ubatnya? Berapa banyak dosnya? Bila masanya yang sesuai untuk penawar tersebut diberikan? Kalau terlebih atau terkurang, bagaimana??
Persoalan-persoalan ini seharusnya dibawa untuk duduk didiskusi bersama antara Doktor pakar dan juga jururawat. Natijahnya pasti positif. Sekalipun tidak semua jururawat yang akan menjadi Doktor pakar, tapi sekurang-kurangnya walaupun tanpa kehadiran Doktor pakar disisi jururawat, dia mampu dan yakin untuk menyuapkan ubat ke mulut pesakit. Simple
Sedikit sebanyak saya
Pembaca kena faham dan jelas bahawa idea saya ini bukan untuk mengkritik dan menafikan dakwah yang ajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta kepada kita, kerana realitinya hari ini adalah yang tidak lagi relevan bukanlah isi dakwah itu, tapi approach dan pendekatannya. Kaedah dan metodologi dakwah pada zaman nabi, para sahabat serta gerakan-gerakan dakwah Islam yang wujud suatu ketika dahulu barangkali hanya sesuai dipasarkan era tersebut, dengan keadaan mad’unya yang sedemikian dan musuhnya yang sebegitu rupa. Tapi sebagai pelaku dakwah kita perlu sedar bahawa masa silih berganti, era berubah wajah, mad’u bersalin kulit dan musuh bertukar topeng, justeru dakwah harus didefinasi semula dalam konteks pendekatan dan cara bertindak supaya kita dapat bersaing dengan masa dan perubahan iklim semasa.
Selera Dakwah Masyarakat Hari Ini
Suka untuk saya kongsi bersama sedikit tulisan Presiden GAMIS, Ustaz Dzul Khairi Mohd Noor dalam satu tulisan beliau :-
“Gerakan dakwah berteraskan kebajikan perlu diwujudkan. Gerakan dakwah semata-mata dakwah tanpa menitikberatkan soal kebajikan tidak akan memberi makna yang besar. Sudah banyak kali gerakan dakwah tanpa selera kebajikan yang berkonsepkan edaran-edaran risalah, ceramah-ceramah dan nadwah-nadwah, turun ke surau dan sebagainya tidak memberikan impak yang besar terhadap gerakan dakwah itu sendiri. Namun, ia bertukar sebaliknya apabila gerakan dakwah mula mengambil kira soal kebajikan kerana lumrah manusia sukakan orang yang mengambil berat terhadap mereka.”
Di penghujung tulisan beliau, dengan agak yakin beliau menyatakan bahawa ramai yang akan merakamkan rasa tidak senang terhadap pandangan beliau lantaran wajah GAMIS selama ini dikenali dengan rupa siasah semata-mata. Tapi kita kena jelas bahawa sesiapa sahaja yang menggelar diri mereka pendokong ISLAM, maka peranan dakwah perlu digalas dengan baik.
Sekalipun mungkin ramai yang bertentang arah dengan pandangan ini, namun bagi saya ia merupakan trend baru dalam usaha kita ‘menjenama’ semula dakwah di mata masyarakat. Masyarakat yang tidak berjubahkan kehidupan Islam, akan lebih merasa senang dengan pendakwah yang menggunakan 'kunci' kebajikan sebagai pembuka pintu hati mereka. Mungkin inilah selera dakwah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat kita hari ini.
Kalam penutup bicara
Cuma ingatan buat diri saya dan aktivis dakwah yang lain, bahawa kita perlu melihat masyarakat sebagai mad’u dengan kaca mata dakwah dan bukannya pandangan Islah. Kerana sekiranya kita memandang masyarakat dengan pandangan Islah sudah pasti kita akan cepat menghukum orang Islam jahil yang tidak melaksanakan tuntutan agama. Tetapi andai kita melihat dengan kacamata dakwah, tentunya akan timbul perasaan simpati pada mereka yang jahil akan ilmu agama, dan usaha untuk membawa mereka kembali mencari sinar Ilahi akan menjadi mudah. Renung-renungkanlah .
Don’t just let the word DAKWAH move itself. We should drive it!
Idea dari,
MOHD AMIN BIN MOHD HAMAMI
SARJANA KEJURUTERAAN MEKANIKAL-PEMBUATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,JOHOR
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik, Ahmad dan Baihaqi.
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar AbuHurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.