Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, September 6, 2008

DAKWAH : POWERFUL AND FUNDAMENTAL ENGINE IN SPREADING ISLAM


DAKWAH – short and simple six alphabets word, but presenting a tremendous and significant outcome.

SABTU, 30 Ogos 2008 - Terlintas ungkapan ini untuk dikongsi bersama pembaca semua. Terminologi yang tidak asing lagi bagi mereka yang menjadikan agenda Islam sebagai matlamat kehidupan dunia dan akhirat. Namun kritikan sinis dari saya buat diri saya sendiri selaku pelakon episod cerita DAKWAH ini dan juga kepada seluruh ahli gerakan dakwah di Malaysia khususnya, sejauh mana kita telah menyelak semula kamus haraki edisi semasa bagi menafsirkan kembali makna DAKWAH dalam dunia yang penuh kebejatan ini.


Malah sedih untuk saya katakan, ada di kalangan aktivis dakwah (siapa makan cili dia terasa pedasnya) memandang sebelah mata apabila bertemu dengan perkataan DAKWAH ini di celah helaian artikel, majalah dan bahan ilmiah yang lain, seolah-olah segalanya berhubung dengan ilmu DAKWAH sudah kita hadam tanpa perlu ada sumber lain yang memberitahu kita apa itu erti dan tuntutan DAKWAH. Jelek lagi pelik.Tapi inilah realiti yang berlaku sehingga saat ini menyebabkan gerakan dakwah kita dibelenggu dengan kejumudan, malah dengan mendabik dada kita menafikan pandangan luar yang mengkritik bahawa gerakan dakwah masih dibawah tempurung tanpa lubang.

Analogi DAKWAH – Doktor pakar, penawar dan pesakit

Senario masyarakat Malaysia hari ini yang terpengaruh dengan mainan agensi Yahudi menyaksikan masyarakat yang bukan sahaja sakit malah tenat dibuai dengan arus hedonisme melampau dan tangan-tangan pemerintah yang mendidik masyarakat dengan kitab sekularisme. Penawarnya telah ada tersedia depan mata yakni DAKWAH. Cuma masalahnya sehingga kini, kita masih lagi kekurangan Doktor pakar yang dapat melakukan operation ke atas pesakit-pesakit ini dan memberikannya penawar supaya penyakit yang ada pada mereka sembuh. Yang ramai pada ketika ini hanyalah jururawat dan pembantu perubatan sahaja yang tidak arif untuk memberikan penawar bekenaan kepada pesakit.

Sakit ini apa jenis ubatnya? Berapa banyak dosnya? Bila masanya yang sesuai untuk penawar tersebut diberikan? Kalau terlebih atau terkurang, bagaimana??

Persoalan-persoalan ini seharusnya dibawa untuk duduk didiskusi bersama antara Doktor pakar dan juga jururawat. Natijahnya pasti positif. Sekalipun tidak semua jururawat yang akan menjadi Doktor pakar, tapi sekurang-kurangnya walaupun tanpa kehadiran Doktor pakar disisi jururawat, dia mampu dan yakin untuk menyuapkan ubat ke mulut pesakit. Simple kan. Tapi realitinya tidak sebegini. Masing-masing dengan kot seragam yang tersendiri. Susah untuk berdiri bersama-sama dalam satu barisan. Nanti nampak pelik pula katanya. Sifat sebegini harus dicampak jauh-jauh. Untung pun tidak, rugi berganda.

Sedikit sebanyak saya cuba untuk berkongsi situasi di atas dalam orbit sebenar dunia hari ini. Apa yang boleh saya katakan ialah kita masih lagi ketandusan ‘think tanker’ dakwah bukan sahaja diluar dari kampus, hatta di gedung ilmu ini sendiri tak ramai yang kita dapat lahirkan. Kalau ada pun tak ramai. Dan yang ada pun masih lagi tidak dapat untuk menyampaikan mesej kepada mahasiswa terutama aktivis dakwah itu sendiri untuk sama-sama kita melangkah ke suatu era baru. Yang mana persekitaran kita hari ini menagihkan ‘dakwah jenama baru’ tidak lagi kaedah lama yang sering digunapakai.

Pembaca kena faham dan jelas bahawa idea saya ini bukan untuk mengkritik dan menafikan dakwah yang ajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta kepada kita, kerana realitinya hari ini adalah yang tidak lagi relevan bukanlah isi dakwah itu, tapi approach dan pendekatannya. Kaedah dan metodologi dakwah pada zaman nabi, para sahabat serta gerakan-gerakan dakwah Islam yang wujud suatu ketika dahulu barangkali hanya sesuai dipasarkan era tersebut, dengan keadaan mad’unya yang sedemikian dan musuhnya yang sebegitu rupa. Tapi sebagai pelaku dakwah kita perlu sedar bahawa masa silih berganti, era berubah wajah, mad’u bersalin kulit dan musuh bertukar topeng, justeru dakwah harus didefinasi semula dalam konteks pendekatan dan cara bertindak supaya kita dapat bersaing dengan masa dan perubahan iklim semasa.


Selera Dakwah Masyarakat Hari Ini

Suka untuk saya kongsi bersama sedikit tulisan Presiden GAMIS, Ustaz Dzul Khairi Mohd Noor dalam satu tulisan beliau :-


“Gerakan dakwah berteraskan kebajikan perlu diwujudkan. Gerakan dakwah semata-mata dakwah tanpa menitikberatkan soal kebajikan tidak akan memberi makna yang besar. Sudah banyak kali gerakan dakwah tanpa selera kebajikan yang berkonsepkan edaran-edaran risalah, ceramah-ceramah dan nadwah-nadwah, turun ke surau dan sebagainya tidak memberikan impak yang besar terhadap gerakan dakwah itu sendiri. Namun, ia bertukar sebaliknya apabila gerakan dakwah mula mengambil kira soal kebajikan kerana lumrah manusia sukakan orang yang mengambil berat terhadap mereka.”


Di penghujung tulisan beliau, dengan agak yakin beliau menyatakan bahawa ramai yang akan merakamkan rasa tidak senang terhadap pandangan beliau lantaran wajah GAMIS selama ini dikenali dengan rupa siasah semata-mata. Tapi kita kena jelas bahawa sesiapa sahaja yang menggelar diri mereka pendokong ISLAM, maka peranan dakwah perlu digalas dengan baik.

Sekalipun mungkin ramai yang bertentang arah dengan pandangan ini, namun bagi saya ia merupakan trend baru dalam usaha kita ‘menjenama’ semula dakwah di mata masyarakat. Masyarakat yang tidak berjubahkan kehidupan Islam, akan lebih merasa senang dengan pendakwah yang menggunakan 'kunci' kebajikan sebagai pembuka pintu hati mereka. Mungkin inilah selera dakwah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat kita hari ini.

Sudah tiba masanya, doktor-doktor pakar mencari formula-formula terkini dalam menghasilkan ubat-ubatan mereka agar penawar tersebut mudah dihadam dan diterima oleh badan pesakit. Buat doktor-doktor pakar,ingat! Penyakit zaman sekarang dah makinpelik-pelik.


Kalam penutup bicara

Cuma ingatan buat diri saya dan aktivis dakwah yang lain, bahawa kita perlu melihat masyarakat sebagai mad’u dengan kaca mata dakwah dan bukannya pandangan Islah. Kerana sekiranya kita memandang masyarakat dengan pandangan Islah sudah pasti kita akan cepat menghukum orang Islam jahil yang tidak melaksanakan tuntutan agama. Tetapi andai kita melihat dengan kacamata dakwah, tentunya akan timbul perasaan simpati pada mereka yang jahil akan ilmu agama, dan usaha untuk membawa mereka kembali mencari sinar Ilahi akan menjadi mudah. Renung-renungkanlah .

Don’t just let the word DAKWAH move itself. We should drive it!

Idea dari,

MOHD AMIN BIN MOHD HAMAMI
SARJANA KEJURUTERAAN MEKANIKAL-PEMBUATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,JOHOR

Wednesday, August 20, 2008

Jom Santai Dengan Video Ni Kejap!

Saya tertarik dengan video PAS FOR ALL yang diterbitkan menjelang pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini. Biarlah, saya kini senang untuk menzahirkan fikrah saya berkenaan politik dan juga sebarang hal-hal semasa. Namun rakan-rakan saya yang tidak bersamaan pendapat dan fikiran dengan saya tetap saya hormati dan raikan, kerana setiap daripada kita mempunyai buah fikiran, pandangan, persepsi malah asas didikan yang berbeza. Namun dari perbezaan tersebut saya mohon agar kita semua bisa mencari satu titik persamaan, wallahu'alam.


Thursday, August 7, 2008

CARAVANSARY

Lagu Caravansary oleh Kitaro menerobos kedalam hati. Ditambah pula dengan gambar-gambar yang menyentuh jiwa. Setakat itu sahajakah kecaknaan saya terhadap mereka?Mudah-mudahan terbuka banyak lagi ruang untuk membantu saudara segama saya di seluruh dunia. Amin.

Wednesday, August 6, 2008

SEDIKIT PERIHALAN MENGENAI SAUDARA SEAGAMA NARUMI

Entik Uygur wujud pada abad ke-3 sebelum Masihi.Hingga kini berjumlah lebih 7.2 juta orang dan tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China, kebanyakan mereka menetap di sebelah selatan Gunung Tianshan di wilayah itu.Nenek moyang etnik Uygur terutamanya bekerja sebagai penggembala.

Antara perkampungan nomad etnik Uygur

Setelah tahun 840, sebahagian penduduk etnik Uygur berhijrah ke kawasan Xinjiang China dan kawasan Asia Tengah, mereka belajar pertanian daripada penduduk asal di kawasan tersebut. Buah-buahan yang diusahakan oleh etnik itu seperti tembikai hami, anggur, delima dan apal sangat terkenal di China sejak turun-temurun.

Kenduri Ladang Anggur

Wilayah Autonomi Entik Uygur Xinjiang merupakan kawasan yang paling awal menanam kapas dalam sejarah China. Pada abad ke-5 hingga ke-6, penduduk etnik Uygur sudah menanam kapas. Memelihara ulat sutera dan menggunakan teknologi menghasilkan benang sutera daripada kepompong ulat sutera merupakan kejayaan besar etnik Uygur.Perubatan tradisional etnik Uygur sudah bersejarah lama dan cemerlang. Perubatan etnik itu di samping mempelajari cara perubatan tradisional China, juga menggabungkan cara perubatan India, Parsi, Pakistan, Greek dan lain-lain. Penduduk etnik itu telah menghasilkan banyak catatan perubatan yang terkenal. Doktor etnik itu mahir merawat penyakit sengal-sengal tulang atau penyakit kulit menggunakan pasir, gas, air atau lumpur.

Antara herba yang digunakan

Rakyat etnik Uygur pernah menganut pelbagai agama dalam sejarah. Bermula pada akhir abad ke-12, penduduk etnik itu mula beragama Islam, agama Islam menjadi agama pilihan bagi etnik itu dan telah memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan etnik itu.Sastera etnik Uygur bersejarah lama dan merupakan sebahagian penting dalam kebudayaan etnik itu. Sastera etnik Uygur terdiri daripada epik, riwayat, pepatah, teka-teki, legenda, peribahasa dan lain-lain.

Muzik etnik Uygur mempunyai ciri-ciri istimewa dan mewarisi irama muzik di kawasan barat ChinaKarpet merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur. Kemahiran melukis, mengukir, menenun dan menyulam karpet etnik itu sangat tinggi tarafnya dan mendapat sambutan baik di China.

Penghasil alatan muzik Uygur

Ukiran batu jed etnik Uygur juga merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur, mereka menggunakan batu jed berkualiti tinggi dan sangat jernih, barangan itu semakin hari semakin berharga.

Antara ukiran menarik daripada jade

Masjid Aitigaer di kawasan penempatan etnik Uygur merupakan masjid yang terbesar di China. Masjid itu dibina pada tahun 1450 hingga 1456 dan pernah banyak kali diperbaiki dalam pelbagai dinasti. Pada pemerintahan Maharaja Daoguang pada zaman Dinasti Qing(1821-1850), masjid itu dibaik pulih dan diperbesar secara besar-besaran sehingga keluasannya yang ada sekarang. Seni bina masjid itu bercorak Timur Tengah, kawasan masjid itu seluas hampir sehektar. Bangunan masjid itu termasuk pintu gerbang, dewan sembahyang dan bilik membaca Al-Quran. Masjid itu boleh menampung 8 ribu orang sembahyang berjemaah dalam satu-satu masa.

Salah sebuah masjid di wilayah ini

Makanan etnik Uygur diperbuat daripada tepung gandum, daging dan susu dan mereka kurang memakan sayur-sayuran. Jumlah jenis makanan utama etnik itu sangat kaya, termasuk pau panggang, nasi goreng, roti Nan, mi rebus, mi goreng dan lain-lain, kambing panggang dan sate kambing etnik itu juga sangat popular di China. Penduduk etnik Uygur suka minum teh atau teh susu.

Makanan tempatan

Etnik Uygur mempertahankan amalan berkahwin sekali sahaja seumur hidup. Kaum wanita etnik itu tidak boleh bernikah dengan lelaki etnik lain yang tidak beragama Islam. Tetapi lelaki etnik Uygur boleh menikah dengan perempuan etnik lain yang bukan beragama Islam, tetapi syaratnya ialah perempuan itu perlu masuk Islam.

Pengantin Uygur

Etnik Uygur meraikan pelbagai perayaan, yang berlandaskan perayaan agama Islam. Sempena hari raya itu, penduduk etnik Uygur mengadakan pelbagai aktiviti. Jelas disini, Etnik Uygur jelas dalam mengamalkan kehidupan harian mereka sebagai etnik yang beragama Islam. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNYA terhadap saudara seagama saya dimana jua mereka berada, Amin...

SUMBER: Sila klik disini

Tuesday, August 5, 2008

SESUATU MENGENAI KEGANASAN DI KASHGAR

Ketika ralit menggosok baju sambil menonton Berita Dunia jam 11 di RTM1 semalam, saya terkejut apabila mendengar tentang isu keganasan di Kashgar yang mungkin saling berkait dengan pembukaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China. Masih terbayang di fikiran saya mengenai Kashgar, melalui pembacaan dalam Majalah ANIS dan juga dokumentari Shahadah berkenaan masyarakat Islam di China. Etnik Uygur antara penduduk yang mendiami Kashgar. Mungkinkah ada isu terpendam yang diperam oleh Kerajaan China berkenaan Etnik Uygur ini. Isu keganasan yang ditimbulkan dikatakan turut berkait rapat dengan ketidakpuasan hati etnik ini dengan peminggiran terhadap mereka hanya disebabkan oleh perbezaan agama.


Polis Xinjiang Maklumkan Kemajuan Terkini Kejadian Serangan Keganasan di Kashgar

Polis Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menangkap dua orang suspek yang terlibat dalam kes serangan keganasan yang berlaku di Kashgar semalam. Kedua-dua suspek tersebut dikenalpasti sebagai pemandu teksi dan penjual sayur dari Kashgar. Dua penyerang tersebut memandu sebuah trak menghampiri anggota polis sempadan yang sedang bersenam di Kashgar awal pagi semalam. Mereka meletupkan sebutir bom dan menikam anggota polis dengan pisau. Sebanyak 9 butir bom dan sebuah senapang buatan sendiri ditemui di tempat kejadian. Kesemua senjata tersebut didapati serupa dengan senjata yang dirampas oleh polis Xinjiang ketika memusnahkan kem latihan "Gerakan Islam Turkistan Timur" pada bulan Januari tahun lalu.(Agensi Berita Xinhua China)

Sedikit-sebanyak isu yang timbul berpunca rasa terancamnya etnik ini dengan kehadiran Etnik Han (yang saya ketahui Bangsa China yang digambarkan dalam Filem Kung Fu Wong Fei Hung), berbeza agama dan budaya cuba untuk menguasai wilayah yang telah lama diduduki oleh Etnik Uygur yang dikatakan mempuyai kekayaan hasil bumi berbentuk sumber galian yang banyak. Mungkin juga bagi Etnik Uygur, Sukan Olimpik ini merupakan medan untuk mereka mengkhabarkan kepada dunia penderitaan yang mereka alami selama ini. Selalunya gambaran tentang kemunduran masyarakat Islam suka dihebahkan di seluruh dunia. Tidak terkecuali dengan Etnik Uygur ini (Nantikan artikel khas mengenainya).

Melalui televisyen kelihatan masyarakat ini seolah-olah mundur dan terlalu miskin, seperti Afghanistan sahaja layaknya. Sedih hati saya melihat saudara seagama didiskriminasikan seolah-olah mereka tidak punya hak untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seperti orang lain. Sedih saudara yang jauh, lagi sedih mengenangkan saudara seagama yang dekat yang tidak mahu berubah pegangan hidup. Malas berusaha, suka mengharapkan subsidi, terlibat dengan masalah moral dan 1001 lagi keburukan yang menghinggapi saudara seagama saya di Malaysia.

Apakah kita semua masih senang untuk lena?Tidak perlu cakna hal di luar? Atau mungkin dalam masa yang sama memperbaiki diri sendiri dan membantu sedaya yang termampu untuk saudara-saudara kita di Palestin, Kashmir, Iraq, Afghanistan, Thailand dan pelbagai tempat lagi di dunia ini yang mana saudara seagama kita diperlakukan sesuka hati oleh golongan Kuffar? Renungi kejadian, tanyalah pada diri....Wallahu'alam.