DAKWAH – short and simple six alphabets word, but presenting a tremendous and significant outcome.
Malah sedih untuk saya katakan, ada di kalangan aktivis dakwah (siapa makan cili dia terasa pedasnya) memandang sebelah mata apabila bertemu dengan perkataan DAKWAH ini di celah helaian artikel, majalah dan bahan ilmiah yang lain, seolah-olah segalanya berhubung dengan ilmu DAKWAH sudah kita hadam tanpa perlu ada sumber lain yang memberitahu kita apa itu erti dan tuntutan DAKWAH. Jelek lagi pelik.Tapi inilah realiti yang berlaku sehingga saat ini menyebabkan gerakan dakwah kita dibelenggu dengan kejumudan, malah dengan mendabik dada kita menafikan pandangan luar yang mengkritik bahawa gerakan dakwah masih dibawah tempurung tanpa lubang.
Analogi DAKWAH – Doktor pakar, penawar dan pesakit
Senario masyarakat
Sakit ini apa jenis ubatnya? Berapa banyak dosnya? Bila masanya yang sesuai untuk penawar tersebut diberikan? Kalau terlebih atau terkurang, bagaimana??
Persoalan-persoalan ini seharusnya dibawa untuk duduk didiskusi bersama antara Doktor pakar dan juga jururawat. Natijahnya pasti positif. Sekalipun tidak semua jururawat yang akan menjadi Doktor pakar, tapi sekurang-kurangnya walaupun tanpa kehadiran Doktor pakar disisi jururawat, dia mampu dan yakin untuk menyuapkan ubat ke mulut pesakit. Simple
Sedikit sebanyak saya
Pembaca kena faham dan jelas bahawa idea saya ini bukan untuk mengkritik dan menafikan dakwah yang ajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta kepada kita, kerana realitinya hari ini adalah yang tidak lagi relevan bukanlah isi dakwah itu, tapi approach dan pendekatannya. Kaedah dan metodologi dakwah pada zaman nabi, para sahabat serta gerakan-gerakan dakwah Islam yang wujud suatu ketika dahulu barangkali hanya sesuai dipasarkan era tersebut, dengan keadaan mad’unya yang sedemikian dan musuhnya yang sebegitu rupa. Tapi sebagai pelaku dakwah kita perlu sedar bahawa masa silih berganti, era berubah wajah, mad’u bersalin kulit dan musuh bertukar topeng, justeru dakwah harus didefinasi semula dalam konteks pendekatan dan cara bertindak supaya kita dapat bersaing dengan masa dan perubahan iklim semasa.
Selera Dakwah Masyarakat Hari Ini
Suka untuk saya kongsi bersama sedikit tulisan Presiden GAMIS, Ustaz Dzul Khairi Mohd Noor dalam satu tulisan beliau :-
“Gerakan dakwah berteraskan kebajikan perlu diwujudkan. Gerakan dakwah semata-mata dakwah tanpa menitikberatkan soal kebajikan tidak akan memberi makna yang besar. Sudah banyak kali gerakan dakwah tanpa selera kebajikan yang berkonsepkan edaran-edaran risalah, ceramah-ceramah dan nadwah-nadwah, turun ke surau dan sebagainya tidak memberikan impak yang besar terhadap gerakan dakwah itu sendiri. Namun, ia bertukar sebaliknya apabila gerakan dakwah mula mengambil kira soal kebajikan kerana lumrah manusia sukakan orang yang mengambil berat terhadap mereka.”
Di penghujung tulisan beliau, dengan agak yakin beliau menyatakan bahawa ramai yang akan merakamkan rasa tidak senang terhadap pandangan beliau lantaran wajah GAMIS selama ini dikenali dengan rupa siasah semata-mata. Tapi kita kena jelas bahawa sesiapa sahaja yang menggelar diri mereka pendokong ISLAM, maka peranan dakwah perlu digalas dengan baik.
Sekalipun mungkin ramai yang bertentang arah dengan pandangan ini, namun bagi saya ia merupakan trend baru dalam usaha kita ‘menjenama’ semula dakwah di mata masyarakat. Masyarakat yang tidak berjubahkan kehidupan Islam, akan lebih merasa senang dengan pendakwah yang menggunakan 'kunci' kebajikan sebagai pembuka pintu hati mereka. Mungkin inilah selera dakwah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat kita hari ini.
Kalam penutup bicara
Cuma ingatan buat diri saya dan aktivis dakwah yang lain, bahawa kita perlu melihat masyarakat sebagai mad’u dengan kaca mata dakwah dan bukannya pandangan Islah. Kerana sekiranya kita memandang masyarakat dengan pandangan Islah sudah pasti kita akan cepat menghukum orang Islam jahil yang tidak melaksanakan tuntutan agama. Tetapi andai kita melihat dengan kacamata dakwah, tentunya akan timbul perasaan simpati pada mereka yang jahil akan ilmu agama, dan usaha untuk membawa mereka kembali mencari sinar Ilahi akan menjadi mudah. Renung-renungkanlah .
Don’t just let the word DAKWAH move itself. We should drive it!
Idea dari,
MOHD AMIN BIN MOHD HAMAMI
SARJANA KEJURUTERAAN MEKANIKAL-PEMBUATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,JOHOR
No comments:
Post a Comment