Sunday, January 4, 2009

NARUMI DI TAKBAI?

Balik ke Terengganu menjenguk persiapan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, P036. Meriah yang teramat sangat. Ramai agaknya kontraktor yang menjadi kaya sekelip mata. Apa tidaknya, saya lihat banyak jalan yang berturap dengan tar. Jalan Panji Alam misalnya, Jalan di Wakaf Mempelam (sampai kereta kawan saya tersangkut, huhu) dan yang baru saya lihat, Bukit Besar pun bakal berwajah baru. Kerja-kerja menurap sedang rancak dijalankan, negeriku Terengganu kembali berseri-seri, tapi itulah...pembangunan segera untuk meraih undi.

Disana sini juga kelihatan segerombolan polis (dimaklumkan hampir 10000 orang) berkampung di Terengganu sempena pilihanraya kali ini. "Perkampungan Polis" dapat dilihat di Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Siap dengan Polis FRU lagi. Dengan suasana Monsun Timur Laut Disember ni, cuaca agak mendung. Paling mengharukan maklumat terkini yang saya terima, Pos Pengawal Polis ini diletakkan berhampiran dengan Markaz PAS, agaknya mereka takut orang-orang PAS ni jadi ganas bila tiba hari bersejarah nanti, maklumlah orang PAS Terengganu selalu sahaja dicop ganas, brutal bla..bla..bla. Paling ajaib, rumah keluarga sahabat saya yang mana bapa beliau merupakan antara pimpinan PAS cawangan berhadapan dengan Pos Polis yang baru dibina beberapa hari.



Almaklumlah, kawasan tersebut ibarat kawasan putih bagi PAS dan kawasan hitam UMNO, DUN Wakaf Mempelam, dibawah teraju Hj Wahid Endut sebelum ini. Sempat sahabat-sahabat saya yang lain memperli, kalau berlaku juga kecurian, siap la polis lepas ni. Mana taknya, rasa-rasa saya, tandas awam di Kuala Terengganu tidak sebanyak pondok polis segera yang wujud sekarang, itulah yang dikatakan resam Rejim UMNO di Terengganu.Saya tak pasti hal ini kelihatan bodoh atau pemimpin yang mengarahkan proses tersebut bodoh (maaf la bunyinya nampak kasar, kalau halus nanti tak perasan pula..hihi).

Adakah kelihatan ramai pengganas di Kuala Terengganu (muka saya ni nampak macam pengganas juga ke? huhu) atau mereka sekadar takur pada bayang-bayang sendiri. Terpulanglah pada kalian, kami tidak gentar menghadapi cubaan itu insyaALLAH kerana kami yakin ALLAH matlamat utama. Kalau takdirnya kena berperang juga seperti kes di Batu Buruk atau Rusila selepas ini, kami warga Kuala Terengganu menerimanya. Apa yang penting kami akan taat dan patuh pada arahan pimpinan waktu susah mahupun senang. Sama-sama kita bermunajat memohon kekuatan daripada ALLAH untuk menghadapinya, wassalam.

1 comment:

Cucu Dagang (CD) said...

tu bkn stakat akk berada d takbai je tu,akk sbnrnye brada d negara Yahudi,Israel yg merampas tanah rakyatnye sndiri,huhu..