Semoga sejahtera selalu hendaknya.
Tuan/Puan,
17 Januari 2009 adalah hari mengundi untuk P.036 Parlimen Kuala Terengganu. PAS meletakkan Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Bin Haji Endut sebagai calon. Tuan/Puan adalah pengundi yang akan menentukan kemenangan calon yang bertanding. Bagi kami, undi Tuan/Puan adalah tersangat penting. Jangan persiakan hak Tuan/Puan.
Wahai Para Pengundi! Sokongan Tuan/Puan amat kami harapkan. Marilah kita bersama meneruskan kebangkitan umat dan "Berubah Untuk Kemenangan Rakyat". Kami cukup yakin bahawa calon kami Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut mampu untuk melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dengan baik, jika dipilih nanti. Beliau telah berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk tempoh lima penggal berturut-turut.
Oleh itu, saya selaku Presiden PAS, dengan penuh hormat dan takzimnya sekali lagi merayu Tuan/Puan supaya kembali ke Kuala Terengganu untuk mengundi calon kami Tuan Haji Mohd Abdul Wahid bin Haji Endut pada 17 Januari nanti. Jangan hampakan permohonan kami. Bantulah perjuangan kami untuk masa depan Negara kita yang lebih baik. InsyaALLAH kami tidak akan persiakan amanah yang telah dibebankan kepada kami.
Kami doakan agar ALLAH memberikan taufik, petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk kita terus melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA. Semoga Tuan/Puan sentiasa berada dalam pemeliharaan dan mendapat keberkatan yang berpanjangan daripada ALLAH s.w.t
Wassalam.
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS
Tanggal : 13 Muharram 1430/10 Januari 2009
No comments:
Post a Comment