"Penuntut ilmu juga semestinya Iklas dan berniat baik dalam menuntut ilmu. Kalau tidak, segala usahanya tidak bermakna bagaikan debu yang berterbangan. Imam Ghazali telah berkata ketika menasihati anak muridnya; "Wahai anak-anakku, berapa banyak malam yang kamu hidupkan dengan mengulangkaji ilmu dan membaca buku. Kamu menghalang dirimu daripada tidur. Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kemu bertindak demikian? Sekiranya untuk tujuan duniawi, mencari saki bakinya, mendapatkan habuan dunia dan berbangga-bangga terhadap kawan dan taulan, maka celakalah kamu, celakalah kamu. Sekiranya kerana kamu bertujuan untuk menghidupkan syariat Nabi (s.a.w), memperelokkan akhlak kamu, mendidik nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan, maka beruntunglah kamu, beruntunglah kamu.
Bimbinglah diri ini yang mendambakan cintaMU, aku yang lemah malah jahil tanpa pimpinan dariMU.Hanya KAU Yang Maha Pengasih Maha Penyayang kepada hamba-hambaMU. Selangkah aku kepadaMU, seribu langkah KAU padaku...
Showing posts with label Jejak Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Jejak Ilmu. Show all posts
Saturday, November 15, 2008
Monday, November 10, 2008
Jejak Ilmu: Dari UiTM Ke UIAM
Alhamdulillah, segala puji-pujian buat ALLAH, Tuhan seru sekalian alam, juga selawat dan salam ke atas junjunganNYA Nabi Muhammad s.a.w. Syukur sungguh atas kesempatan yang diberikanNYA untuk saya meneruskan Jejak Ilmu ini, dari UiTM ke UIAM. Biarpun cubaan dan halangan sedang menunggu, saya tahu yang saya harus yakin dengan qada' dan qadar ALLAH, terus berusaha mendapat yang terbaik dalam jalan yang saya pilih sekarang. Hampir sedekad impian saya untuk menjadi sebahagian daripada penghuni 'Taman Ilmu dan Budi', akhirnya ALLAH sudi memakbulkan permintaan hambaNYA yang kerdil ini.Buat semua yang mengenali, doakan saya akan terus cekal dan tabah dalam melalui Jejak Ilmu di taman ini. Buat emak dan ayah, terima kasih kerana sudi berkorban untuk anakmu ini, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. Cabaran menuntut ilmu itu takkan pernah sunyi, selagi denyut nadi belum berhenti. Apapun yang pasti, mudah-mudahan redha ALLAH, orang tua sentiasa mengiringi. Doakan saya berjaya melalui apa jua cabaran yang menanti, mudah-mudahan dapat digunakan di jalan ALLAH nanti, wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)