Alhamdulillah, segala puji-pujian buat ALLAH, Tuhan seru sekalian alam, juga selawat dan salam ke atas junjunganNYA Nabi Muhammad s.a.w. Syukur sungguh atas kesempatan yang diberikanNYA untuk saya meneruskan Jejak Ilmu ini, dari UiTM ke UIAM. Biarpun cubaan dan halangan sedang menunggu, saya tahu yang saya harus yakin dengan qada' dan qadar ALLAH, terus berusaha mendapat yang terbaik dalam jalan yang saya pilih sekarang. Hampir sedekad impian saya untuk menjadi sebahagian daripada penghuni 'Taman Ilmu dan Budi', akhirnya ALLAH sudi memakbulkan permintaan hambaNYA yang kerdil ini.
Buat semua yang mengenali, doakan saya akan terus cekal dan tabah dalam melalui Jejak Ilmu di taman ini. Buat emak dan ayah, terima kasih kerana sudi berkorban untuk anakmu ini, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. Cabaran menuntut ilmu itu takkan pernah sunyi, selagi denyut nadi belum berhenti. Apapun yang pasti, mudah-mudahan redha ALLAH, orang tua sentiasa mengiringi. Doakan saya berjaya melalui apa jua cabaran yang menanti, mudah-mudahan dapat digunakan di jalan ALLAH nanti, wassalam.
No comments:
Post a Comment