Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Sunday, November 2, 2008

BINGKISAN DARI HADRAMAUT


Dalam keadaan apa pun."SENANGKANLAH HATIMU!!!" Janganlah bersedih. "Kalau engkau kaya. senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan perkara yang sulit melalui hartamu. "Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu..." "Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu..." Mudah-mudahan. Allah mengurniai kita ilmu yang mengantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin.

Saturday, August 30, 2008

Jalan-jalan Makan Pengat Durian

Talhah dan adiknya Ukasyah

Aisyah Nabilah yang bermata bulat bersinar....

Tuan rumah yang tersengih melayan tetamu

Kak Mazuira dengan Aisyah Nabilah, anak sulung Wawa

Ustaz Wan bersama hero-hero beliau dan Izwan, suami Wawa.

Alhamdulillah, menepati saranan yang telah ditetapkan semasa pertemuan beramai-ramai baru ini untuk mengadakan Ziarah Sahabat, ianya telah berjaya direalisasikan oleh sahabat-sahabat Zon KL. Hari Sabtu, 30 Ogos 2008 bersamaan 28 Syaaban 1429H, berkelanalah sahabat-sahabat di KL (termasuk perantau baru dari Terengganu) ke Sri Kembangan, Selangor untuk bertemu mata, berkongsi cerita malah mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah yang sedia ada.

Bertolak agak lambat dari rumah, kira-kira jam 4.30 petang. Cuaca hujan membataskan pergerakan. Saya tiba di Stesen LRT Masjid Jamek hampir jam 5. Kemudian perlu menunggu Bushra untuk ke Sri Petaling setelah berjanji dengan Bahiyah yang akan mengambil kami dan seorang lagi sahabat disitu. Kami menaiki tren dan sentiasa memerhatikan laluan yang terpampang di dinding.

Alamak,rupa-rupanya kami tersilap arah! Sepatutnya perlu berhenti di Stesen Chan Sow Lin dan menuju arah Sri Petaling, tapi kami mengambil simpang yang berlainan pula. Itulah bahananya tidak bertanya pada yang arif, berkali-kali sahabat yang telah sampai bertanya dan memberikan arah yang betul. Alhamdulillah, kira-kira jam 6 sampai juga di Seri Petaling. Kasihan sahabat yang telah sampai sejak jam 4.45 petang tadi lagi. Patutlah cepat sampai, rupa-rupanya jarak rumahnya dengan Sri Petaling hanya 2 stesen. Kami sampai ke rumah tuan rumah, saudara Samhan hampir jam 6.30 setelah tersesat hampir 10 minit, itupun diambil oleh beliau.

Sampai disana kami dijamu dengan Laksa Kuah Lemak yang dibawa Bahiyah, Nasi Pulut Serawa Durian dan kuih-muih. Bersembang seolah-olah ziarah Hari Raya, sederhana namun meriah. Selepas solat maghrib berjemaah, kami meminta izin untuk pulang. Alhamdulillah, mudah-mudahan sentiasa program sebegini sentiasa berkesinambungan untuk memastikan rabitah hati antara kami semua sentiasa tersimpul rapi. Hanya Allah sahaja yang mampu memastikannya. Kepada tuan rumah, Saudara Samhan dan Kak Nor, terima kasih kerana menerima kunjungan. Lepas ni giliran rumah siapa pulak ye....?

Wednesday, August 13, 2008

DEDIKASI KHAS BUAT SEMUA YANG MENGENALI NARUMI...



Buat sahabat Narumi yang bakal merasa kehilangan, anggaplah diri ini tetap pergi berjuang, cuma tempat, suasana dan juga rakan strategik yang baru. Ukhuwwah yang sejati itu bilamana kita bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. Kesedihan adalah lumrah bilamana kita sama-sama mengharungi kesusahan dan kegembiraan bersama-sama, tapi itulah...Aturan ALLAH dalam rahsiaNYA, kita hanya mampu merancang, berdoa dan tawakkal. Saya teringat hal ini kembali, berdasarkan pesanan Abbas As-Saisi, salah seorang anak didik Hassan Al-Banna dalam buku beliau "Jalan Ke Hati". Segalanya yang tersurat selepas itu harus kita terima dengan hati terbuka dan sabar. SAYONARA, MATAE MASHO!