Stadium Indera Mulia, Ipoh melakar sejarah Muktamar Agung PAS 2008
Ahad, 17 Ogos 2008. Subuh berjemaah bersama sahabat-sahabat tersayang, perasaan yang amat terharu sukar untuk saya gambarkan, dan hampir bertahun-tahun saya rindukan kenangan dan suasana ini, ALLAH makbulkan ketika kami bertemu dalam permusafiran dan Muktamar, alhamdulillah kami juga sempat mengadakan tazkirah lewat subuh bersama-sama. Bercerita masalah dan nasihat-menasihati antara satu sama lain.Nur memperihalkan tentang hadis Rasulullah yang beliau dapati daripada Buku Perubatan Dr Harun Din mengenai doa yang terbaik. Doa itu merupakan doa dari seorang sahabat yang mendoakan sahabatnya yang lain tanpa diketahui oleh sahabat yang didoakan. Kemudian Allah mengutuskan Malaikat yang bernama Muwakkil yang akan mengaminkan doa sahabat yang mendoakan sahabatnya itu.
Alangkah indahnya ukhuwwah dan jalinan yang ada, namun kadang-kadang kita seringkali terlupa dengan insan yang terdekat dengan kita iaitu keluarga kita yang turut perlu didoakan dan juga didakwahkan dalam kita mengejar matlamat kita setelah memahami rangka perjalanan yang telah disyariatkan ALLAH melalui utusanNYA Rasulullah S.A.W.
Sempat bersarapan pagi mihun goreng di rumah Hayati dan sebelum bertolak, kami bergambar kenang-kenangan di halaman rumahnya. Sayangnya, bukan kamera saya, huhu. Kami bertolak hampir jam 9.30. Sampai di Ipoh, menewar sebentar di gerai, kerana elok-elok kami sampai, sidang berehat seketika.
Ustaz Ridhuan ketika berdemo
Saya sempat ke gerai Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Exco Pemuda PAS Pusat yang banyak mengarang buku-buku terkini dunia gerakan Islam di Malaysia. Diskaun terhadap buku yang beliau jual mengujakan saya. Orangnya agak serius namun sempat juga saya meminta tandatangan daripada beliau, hehe.Sidang bersambung dengan ucapan Kak Aiman Athirah Jundi, wakil Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat. Ucapan yang lantang dan penuh bersemangat membahaskan usul yang dibawa. Sidang Muktamar berakhir sebelum asar dengan ucapan penangguhan daripada Presiden PAS. Saya sungguh terkesan dengan ingatan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang petikan dari Surah As-Saff malah sebahagian ucapan beliau.
Perasaan sayu dengan doa penutup daripada Presiden dan harapan saya mudah-mudahan ujian yang mendatang disambut dengan penuh bijaksana dan pengharapan sepenuhnya dari ALLAH. Malah kesatuan ISLAM perlu diperkasakan dari semasa ke semasa agar usaha UMNO untuk melihat PAS berpecah-belah hanya tinggal impian dan anganan. Kami berpisah usai sahaja muktamar tersebut. Mudah-mudahan masih ada lagi peluang sebegini di masa akan datang.
Saya ingin menghadiri Walimah Double K, sementelah peluang itu seolah-olah terbuka luas. Cuma saya mungkin perlu menaiki bas dari Kota Bharu setelah menumpang Kak Anees, macamana ye? Berdoa juga, mudah-mudahan ada rombongan Terengganu yang boleh saya tumpang. Tapi macam hampa, akhirnya saya memutuskan untuk menumpang Kak Anees ke Kelantan dan kemudian naik bas ke Kuala Terengganu.
Hampir 20 minit kami (Saya, Kak Anees, Kak Leni dan seorang lagi kakak yang tidak sempat saya tanyakan namanya) tersesat untuk ke jalan keluar melalui Grik-Gua Musang. Alhamdulillah dipermudahkan akhirnya. Hampir jam 5 kami berhenti makan di RnR Grik, tiba-tiba saya ternampak Aina PRO Nisa' Terengganu dan adiknya Amal! Saya cuba melambai tapi sayangnya dia tidak ternampak, hmm bukan rezeki saya agaknya..huhu.
Sedang kami menjamu selera tiba-tiba Aina dan adiknya datang ke meja kami. Rupa-rupanya dia ingin menegur Kak Lenny, yang mungkin dikenalinya ketika di Mesir dahulu. Peluang didepan mata, lantas segera saya tanyakan kalau-kalau saya boleh menumpang kereta beliau, alhamdulillah, kebetulan masih ada satu kekosongan kerana rakan arwah ibunya Che Ngah Yah (juga emak kepada rakan sepejabat saya) tidak jadi menumpang kereta mereka. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.
Maka menumpanglah saya kereta Aina yang dipandu oleh abang beliau bersama isterinya. Banyak perkara yang disembangkan. Saya tidak mengenali Aina secara rapat sebelum ini kerana kami jarang bekerja bersama-sama, tambahan pula Aina bertugas sebagai guru di Setiu. Namun begitu, banyak perkara yang kami bual-bualkan sepanjang perjalanan ini.Suasana jalan yang banyak selekoh kadang-kadang agak mendebarkan. Tambahan hujan turun ketika maghrib hampir tiba.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi
Kami tiba di puncak gunung dan berhenti di salah sebuah hentian di situ. Terserempak dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi , Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat bersama-sama dengan isteri dan rakan beliau.Perjalanan disambung dan kemudian berhenti seketika di rumah keluarga arwah emak Aina, Allahyarhamah Hajjah Hamidah Daud, di Apal, Besut. Ceria sungguh keluarga ibu saudara Aina, penuh dengan gelak ketawa dan harmoni. Kami dijamu dengan goreng pisang dan goreng cempedak. Hampir jam 11.30 perjalanan disambung semula.Sebelumnya saya telah menghubungi Kak Baity meminta izin untuk menumpang tidur di rumahnya. Kami sampai di Gelugur Kedai hampir jam 1.30 pagi. Kak Baity sempat menggoreng nasi untuk makanan adiknya esok. Sempat juga kami bersembang, tambahan pula bagi saya ini antara kejutan, keajaiban, malah rezeki dari ALLAH untuk saya yang langsung tidak saya jangkakan. Apa yang penting saya mohon agar TAWAKKAL dan REDHA jadi pakaian saya, wallahu'alam.
2 comments:
Weii...
malu la ambe, bab mmasak nok kkabo gok ke?huhu... heh heh
Kenangan pertama dan terakhir merasa masakan Kak baity, lepas ni dok tahu la berkesempatan lagi ke dok...huhu
Post a Comment