Showing posts with label Current Issues. Show all posts
Showing posts with label Current Issues. Show all posts

Monday, June 29, 2009

NEDA AGHAN SOLTAN: SIAPA DIA NI?


Semasa bersembang dengan sahabat saya baru-baru mengenai isu demonstrasi di Iran, dia memberitahu tentang kejadian menyayat hati bilamana seorang gadis Iran, mati ditembak oleh polis Iran semasa demo tersebut berlaku.Kesempatan belum ada untuk mencari maklumat yang jelas. Bila saya buka youtube, tak boleh masuk pulak video kejadian. Apapun daripada laporan berita harian bertarikh 28 Jun hari ahad lalu dapat dikatakan bahawa:

1. Neda ini merupakan seorang yang tidak dikenali sebagai aktivitis keamanan di Iran, dipercayai hanya kebetulan berada di tempat kejadian, atau sebenarnya mungkin antara mereka yang menjadi bahan 'perancangan' pihak yang ingin melihat keadaan huru-hara di Iran sekarang.

2.Renungan tajam matanya yang tepat melihat kamera jurugambar amatur seolah-olah memperlihatkan dia mungkin bersedia dalam keadaan tersebut? wallahu'alam.

3.Identiti diri yang meragukan malah wujud dalam 2 versi berbeza. Sumber pertama menyatakan bahawa beliau merupakan remaja 16 tahun yang ditembak sewaktu berarak menentang kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Manakala sumber lain menyatakan bahawa beliau merupakan penuntut Universiti Islam Azad di Teheran, dalam jurusan falsafah.

4.Kehadirannya di sekitar tempat demonstrasi di Amir-Abad juga mempunyai catatan yang berbeza. Ada yang menyatakan beliau sengaja datang untuk menyertai demo perarakan manakala dalam versi lain menyatakan yang beliau sekadar melalui tempat tersebut bersama guru pianonya dan ahli keluarga, namun keluar dari kereta kerana kepanasan dan menghilangkan lenguh.

Apapun yang pasti kini, Neda telah dilihat sebagai ikon baru di Iran (bagi mereka yang menganggap begitu) kerana menjadi 'mangsa' kekejaman pihak berkuasa Iran dalam demonstrasi tersebut. Mungkin strategi Pihak Amerika dan Yahudi masih dan sedang berjalan untuk menggugat kedudukan Iran kerana mereka sudah lama resah dengan ketegasan negara Islam yang satu ini. Malah terdapat sumber yang mengatakan bahawa CIA telah merancang satu strategi menghancurkan Iran sejak tahun 2007 lagi. Hal ini dibongkar sendiri oleh wartawan terkenal Amerika, Seymour Hersh.

Narumihayashida: Wajarkah kita berdiam diri sahaja dengan situasi ini? Sudah pasti tidak, sama-samalah kita doakan agar ALLAH memelihara Iran dari perancangan untuk menghancurkannya. Kerana tidak mustahil negara ini bakal membela nasib umat Islam seluruh dunia, InsyaALLAh, wassalam.

Sunday, January 11, 2009

MUSLIMAH HARI INI

Allah Taala telah menjadikan seluruh makhluk-Nya berpasangan. Demikian hakikatnya yang boleh dijadikan iktibar melalui kejadian Adam dan Hawa. Antara hikmahnya, agar kita memikirkan bahawa seorang hamba perlu mengakui ketidaksempurnaan yang terdapat pada dirinya dan melengkapkan kekurangan tersebut dengan perkahwinan. Tanpa kaum Hawa, tiada lelaki yang mampu memenuhi pejalanan fitrahnya. Masing-masing memiliki peranan dan tanggungjawab dalam menghiasi kehidupan di bumi Allah ini dengan harmoni.



Peranan mereka telah dijelaskan oleh Allah Taala sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ;

“..Wahai Manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam alaihissalam) dan daripadanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu..” - surah an Nissa':1, al Quranul Karim

Islam tidak pernah memperuntukkan hari yang khusus kepada manusia agar mereka menghormati kedudukan Hawa. Bahkan kaum Hawa sentiasa mendapat kedudukan yang mulia, dihormati dan dihargai, yang tidak ada pada agama lain kecuali agama Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud ;

“..Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amar makruf mencegah nahi mungkar, mendirikan solat , menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul..” - surah at Taubah:71, al Quranul Karim



Selain itu, kaum Hawa juga berperanan sebagai isteri dalam membentuk bi’ah solehah dalam keluarga seterusnya membentuk keluarga yang cemerlang. Firman Allah Taala yang bermaksud;


“..Sebab itu maka kaum Hawa yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita (kaum Hawa) yang kamu khuatir nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah tempat tidur mereka dan pukullah mereka kemudian jika meeka mentaatimu janganlah kamu mencari—mencari jalan untuk menyusahkannya..” - Surah an Nisa’:34, al Quranul Karim

Seterusnya, kaum Hawa juga merupakan bakal ibu yang berperanan mencorak kehidupan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini sebagaimana yang sedia dijelaskan oleh Allah Taala yang bermaksud ;


“..Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun iaitu bagi menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan, pakai kepada ibu dengan cara ma’ruf..” - surah al Baqarah:233, al Quranul Karim

Sesungguhnya pentaklifan dan amanah sebagai pendidik dan pengasuh, terpundak ke atas semua khalifah Allah di atas muka bumi ini tidak kira lelaki mahupun wanita, tidak mengira pangkat dan darjat sekalipun. Firman Allah Taala yang bermaksud ;

"..Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar serta beriman kepada Allah..” - surah al Imran: 110, al Quranul Karim

Muslimah hari ini, marilah kita mengimbau dan menghayati perjalanan hidup Sahabiyyat di zaman Rasulullah salallahualaihi wasalam. Mereka adalah model kaum Muslimah dalam menjunjung amanah risalah yang dibawa oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam. Mereka berperibadi mulia dan memainkan peranan yang tinggi kepada agama. Semangat mereka yang kuat dan daya juang yang tinggi untuk mempertahankan Islam, dapat kita rasai hingga ke saat ini biarpun mereka telah lama meninggalkan kita.

Muslimah hari ini perlu mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sebaiknya di setiap sektor dan sudut yang memerlukan peranan Muslimah. Antara persediaan yang perlu dilakukan ialah dari sudut thaqafah serta kefahaman ilmu Islam secara mendalam. Ini kerana, kita merupakan rujukan kepada masyarakat kelak, lebih-lebih lagi gejala sosial yang kian merumit sekarang. Keperibadian berbudi dan akhlak yang baik perlu ditonjolkan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para isteri Baginda salallahualaihi wasalam.

Hakikat ini perlulah disedari oleh Muslimah hari ini dengan melakukan anjakan paradigma, mengambil peluang yang ada dalam menjayakan misi dan visi Islam ini. Ayuh, Muslimah hari ini bangkitlah membuat satu perubahan! Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia merubah diri mereka sendiri. Sedarlah Muslimah hari ini, peranan kita amat besar dan berat. Selembut-lembut wanita, kita juga mampu berperanan sebagai agen reformis masyarakat ke arah pembentukan generasi yang cemerlang.

p/s: Segan sebenarnya untuk menerbitkan posting ini, namun hakikat kebenaran x boleh disembunyikan, jika disembunyikan bilakah akan diketahui kebenaran itu? (petikan kata As-Syahid Dr Abdullah Azzam..). Maka dengan itu kepada yang berkenaan berdoalah agar ALLAH memberi yang terbaik kepada kita dan jadilah kita semua redha dengan kehendakNYA, wassalam. ('',)


sumber:PMRAM

Sunday, November 23, 2008

KISAH TELUR


Jika dilihat dari kacamata jurutera yang tipikal di seluruh dunia pasti akan mengatakan ia kerja yg sia2 sbb mmg tak dapat dinafikan jurutera banyak berfikir menggunakan otak kiri.tapi cuba lihat dari perspektif lain.fikir menggunakan otak kanan iaitu otak kreatif,banyak juga manfaat yg boleh diperolehi.apa yg diperlukan adalah anjakan pemikiran dari satu paradigma ke paradigma yg lain.Hasil2 seni bukanlah semestinya kerja yg sia2.

Cuba lihat dalam dunia ni bila orang buat charity drive menggunakan hasil2 seni,hasilnya beribu ringgit dapat diperolehi..Cumanya memanglah charity drive tu banyaknya tak menguntungkan Islam dan dakwah tapi adakalanya ada juga sumbangannya tu utk hospital2 dan badan kebajikan.sekurangnya ada org yg dapat manfaat.Banyak lagi manfaat yg boleh difikirkan.Persoalannya adakah kita mampu memikirkannya atau hanya sekadar komen sahaja?? Cabaran yg bole kita fikirkan ialah adakah kita mampu untuk melakukan charity drive begitu untuk tujuan Islam dan dakwah?