Monday, June 29, 2009

NEDA AGHAN SOLTAN: SIAPA DIA NI?


Semasa bersembang dengan sahabat saya baru-baru mengenai isu demonstrasi di Iran, dia memberitahu tentang kejadian menyayat hati bilamana seorang gadis Iran, mati ditembak oleh polis Iran semasa demo tersebut berlaku.Kesempatan belum ada untuk mencari maklumat yang jelas. Bila saya buka youtube, tak boleh masuk pulak video kejadian. Apapun daripada laporan berita harian bertarikh 28 Jun hari ahad lalu dapat dikatakan bahawa:

1. Neda ini merupakan seorang yang tidak dikenali sebagai aktivitis keamanan di Iran, dipercayai hanya kebetulan berada di tempat kejadian, atau sebenarnya mungkin antara mereka yang menjadi bahan 'perancangan' pihak yang ingin melihat keadaan huru-hara di Iran sekarang.

2.Renungan tajam matanya yang tepat melihat kamera jurugambar amatur seolah-olah memperlihatkan dia mungkin bersedia dalam keadaan tersebut? wallahu'alam.

3.Identiti diri yang meragukan malah wujud dalam 2 versi berbeza. Sumber pertama menyatakan bahawa beliau merupakan remaja 16 tahun yang ditembak sewaktu berarak menentang kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Manakala sumber lain menyatakan bahawa beliau merupakan penuntut Universiti Islam Azad di Teheran, dalam jurusan falsafah.

4.Kehadirannya di sekitar tempat demonstrasi di Amir-Abad juga mempunyai catatan yang berbeza. Ada yang menyatakan beliau sengaja datang untuk menyertai demo perarakan manakala dalam versi lain menyatakan yang beliau sekadar melalui tempat tersebut bersama guru pianonya dan ahli keluarga, namun keluar dari kereta kerana kepanasan dan menghilangkan lenguh.

Apapun yang pasti kini, Neda telah dilihat sebagai ikon baru di Iran (bagi mereka yang menganggap begitu) kerana menjadi 'mangsa' kekejaman pihak berkuasa Iran dalam demonstrasi tersebut. Mungkin strategi Pihak Amerika dan Yahudi masih dan sedang berjalan untuk menggugat kedudukan Iran kerana mereka sudah lama resah dengan ketegasan negara Islam yang satu ini. Malah terdapat sumber yang mengatakan bahawa CIA telah merancang satu strategi menghancurkan Iran sejak tahun 2007 lagi. Hal ini dibongkar sendiri oleh wartawan terkenal Amerika, Seymour Hersh.

Narumihayashida: Wajarkah kita berdiam diri sahaja dengan situasi ini? Sudah pasti tidak, sama-samalah kita doakan agar ALLAH memelihara Iran dari perancangan untuk menghancurkannya. Kerana tidak mustahil negara ini bakal membela nasib umat Islam seluruh dunia, InsyaALLAh, wassalam.

No comments: