Monday, June 29, 2009

NEDA AGHAN SOLTAN: SIAPA DIA NI?


Semasa bersembang dengan sahabat saya baru-baru mengenai isu demonstrasi di Iran, dia memberitahu tentang kejadian menyayat hati bilamana seorang gadis Iran, mati ditembak oleh polis Iran semasa demo tersebut berlaku.Kesempatan belum ada untuk mencari maklumat yang jelas. Bila saya buka youtube, tak boleh masuk pulak video kejadian. Apapun daripada laporan berita harian bertarikh 28 Jun hari ahad lalu dapat dikatakan bahawa:

1. Neda ini merupakan seorang yang tidak dikenali sebagai aktivitis keamanan di Iran, dipercayai hanya kebetulan berada di tempat kejadian, atau sebenarnya mungkin antara mereka yang menjadi bahan 'perancangan' pihak yang ingin melihat keadaan huru-hara di Iran sekarang.

2.Renungan tajam matanya yang tepat melihat kamera jurugambar amatur seolah-olah memperlihatkan dia mungkin bersedia dalam keadaan tersebut? wallahu'alam.

3.Identiti diri yang meragukan malah wujud dalam 2 versi berbeza. Sumber pertama menyatakan bahawa beliau merupakan remaja 16 tahun yang ditembak sewaktu berarak menentang kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Manakala sumber lain menyatakan bahawa beliau merupakan penuntut Universiti Islam Azad di Teheran, dalam jurusan falsafah.

4.Kehadirannya di sekitar tempat demonstrasi di Amir-Abad juga mempunyai catatan yang berbeza. Ada yang menyatakan beliau sengaja datang untuk menyertai demo perarakan manakala dalam versi lain menyatakan yang beliau sekadar melalui tempat tersebut bersama guru pianonya dan ahli keluarga, namun keluar dari kereta kerana kepanasan dan menghilangkan lenguh.

Apapun yang pasti kini, Neda telah dilihat sebagai ikon baru di Iran (bagi mereka yang menganggap begitu) kerana menjadi 'mangsa' kekejaman pihak berkuasa Iran dalam demonstrasi tersebut. Mungkin strategi Pihak Amerika dan Yahudi masih dan sedang berjalan untuk menggugat kedudukan Iran kerana mereka sudah lama resah dengan ketegasan negara Islam yang satu ini. Malah terdapat sumber yang mengatakan bahawa CIA telah merancang satu strategi menghancurkan Iran sejak tahun 2007 lagi. Hal ini dibongkar sendiri oleh wartawan terkenal Amerika, Seymour Hersh.

Narumihayashida: Wajarkah kita berdiam diri sahaja dengan situasi ini? Sudah pasti tidak, sama-samalah kita doakan agar ALLAH memelihara Iran dari perancangan untuk menghancurkannya. Kerana tidak mustahil negara ini bakal membela nasib umat Islam seluruh dunia, InsyaALLAh, wassalam.

Saturday, June 27, 2009

MESIN NYIOR OH MESIN NYIOR


Usai solat asar berjemaah di surau petang tadi, golongan warga emas di kampung rancak bersembang. Ramai dikalangan yang terlibat adalah sanak saudara penulis. Mak Ngah, Long Esah, Long Semah, Tok Jarah, Ayah Long, Bedik, penulis dan juga Che’ We. Riuh juga suasana dengan celoteh Mak Ngah yang mengadu mesin nyior di rumah anak sulungnya, Kak Long Sarah (sepupu penulis) hilang tengahari tadi dimasuki pencuri.


Sehari sebelumnya, teruk anak sulung Kak Long Sarah dimarahi Mak Ngah kerana membenarkan kawan-kawannya naik sampai ke atas rumah banglo 2 tingkat Kak Long Sarah untuk bermain video dan juga menonton VCD. Anak sepupu saya itu yang lebih manja dengan panggilan Asha memang suka berkawan, sepertimana anak muda lain juga. Berkawan tidak salah, cuma cara melayan kawan yang salah.


Ketika itu Kak Long Sarah dan suaminya serta 2 anak mereka yang lain tiada di rumah kerana pulang ke kampung Abang Wan (suami Kak Long Sarah) di Kota Bharu. Kawan-kawan yang dibawa Asha itu juga meskipun ada diantaranya terdiri juga dari jiran terdekat kami, namun ada yang mempunyai kes yang berkaitan dengan ketagihan dadah yang serius. Cukuplah kalau saya katakan yang kampung kami kini sering ‘diziarahi’ kereta peronda polis dengan kerap.


Boleh dikatakan 2 hari sekali akan kelihatanlah Waja Putih Polis keluar masuk. Malah antara perkara yang turut menyedihkan kami apabila Tabung Derma Surau turut dipecahkan dan dilarikan oleh mereka yang dibutakan hati untuk mengambil sumbangan orang ramai untuk membangunkan syiar Islam disini. Sebelum inipun sudah pernah berlaku kes kecurian semasa solat Isyak berjemaah di surau bilamana pintu kereta dipecahkan dan wang pemiliknya dilarikan begitu sahaja.


Ternampak-nampak di ruang mata saya keluhan dan rintihan mereka malah kebimbangan mereka tentang senario yang berlaku. Manakan tidak, orang tua berusaha untuk mendalami agama, solat berjemaah, mendengar kuliah di surau, tetapi anak seolah-olah tidak ‘menjadi’. Saya sendiri turut rasa terkesan dengan hal ini, apatah lagi kebanyakannya merupakan generasi muda yang sepatutnya menjadi nadi kekuatan dan kesejahteraan kampung. Saat ini hanya doa dan ikhtiar sebanyak mungkin serta tawakkal kepada ALLAH sebagai jalan membendungnya. Sama-sama kita berdoa kepada ALLAH agar ISLAM kembali memerintah di Terengganu semoga yang baik dapat dikembangkan, yang buruk dapat dicegah, wallahu’alam.


Sunday, June 7, 2009

MUKTAMAR 55

Alhamdulillah, dah selesai Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Biarpun pelbagai desas-desus yang tidak enak didengari, semoga Allah memberikan petunjukNYA kepada semua pendokong dan penyokong Parti Islam Semalaysia agar Islam Memimpin Perubahan dapat sama-sama direalisasikan. Doa dan usaha bersama sangat diharapkan agar ISLAM terus cemerlang, gemilang, terbilang. Saya tertarik untuk menyertakan pendirian Perwakilan Dewan Pemuda PAS Selangor mengenai isu kepimpinan ulama' dalam PAS ini. Semoga mereka yang sengaja buat-buat tidak faham itu diberi hidayah oleh ALLAH agar faham dengan sesungguhnya tentang isu ini.

Perwakilan Pemuda Selangor Mengamuk dan Bernasyid
Posted on Saturday, June 06 @ 01:55:07 PDT by TokPenghulu
Info Terkini Oleh: afyan

"

 4 Jun 2009, Taman Melewar, Gombak – Perwakilan Pemuda PAS Selangor menghangatkan suasana perbahasan Muktamar Dewan Pemuda PAS Selangor dengan memberi amaran golongan tertentu yang cuba mengambil kesempatan di dalam PAS.

Ustaz Zalkifli mengimbau kertas kerja pindaan perlembagaan berkenaan usul penubuhan Majlis Syura Ulama yang dibawa oleh perwakilan ketika krisis yang berlaku di dalam kepimpinan PAS pada Muktamar PAS pada tahun 1982.



Beliau yang membawa salinan usul berkenaan membacakan usul yang telah dibentangkan untuk mewujudkan kepimpinan ulama’ dengan memetik kata-kata Profesor Zulkifli Mohammad yang menyatakan kepimpinan ulama’ tidak sekali-kali membelakangkan kumpulan lain di dalam PAS.

Isu ulama dan professional ini sebenarnya telah diselesaikan oleh kepimpinan terdahulu semenjak 25 tahun yang lalu dengan terbentuknya konsep kepimpinan ulama’.

Perwakilan selangor, Ustaz Zulkifli Ahmad berbahas sambil memegang salinan usul kepimpinan ulama yang pernah dibentangkan pada tahun 1982. (www.PemudaGombak.com)

Lagi aksi amukan perbahasan Ustaz Zulkifli

Beliau mengambil contoh Sultan Muhammad Al-Fateh yang bukan seorang ulama’, tetapi setiap tindak tanduknya mendapat restu daripada para alim ulama di zamannya sehingga berjaya merampas Kota Konstentinopel daripada tangan jajahan kuffar.

Beberapa kali ucapan perbahasan beliau yang bersemangat disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan sehingga menghangatkan suasana di Dewan Dato’ Fadzil Noor itu.

Beliau turut menyelar golongan tertentu di dalam yang cuba menonjolkan diri bagi mendapat perhatian untuk meraih sokongan.

Ia dilihat bertentangan dengan contoh teladan di zaman sejarah Islam sebagaimana yang ditonjolkan melali kisah perlantikan khalifah selepas kewafatan Rasulullah, apabila Umar menolak untuk menjadi khalifah memandangkan Abu Bakar lebih layak sekalipun Umar dilihat lebih kuat berbanding Abu Bakar.

Perkara sama juga disebut oleh Hassan Al-Banna apabila menghuraikan pra-syarat untuk menjadi kepimpinan adalah kelayakan dan kemampuan berbanding dengan aspek fizikal dan kekuatan.

Turut disentuh tentang peranan kerajaan-kerajaan negeri dalam memberi sokongan institusi-institusi parti seperti PASTI dan Unit Amal.

(www.PemudaGombak.com)

“Saya mengambil contoh Unit Amal yang memakai baju merah, seluar selang seli putih dan hitam, kadang-kadang berkasut kadang-kadang berselipar”, katanya yang merujuk kepada kedhaifan institusi parti sambil disambut dengan gelak ketawa perwakilan muktamar.

Di penghujung perbahasan tersebut, beliau sempat menyanyikan serangkap lagu tema PAS dan mengulangi rangkap “kalah menang bukan alasannya”, yang merujuk perjuangan pemuda di dalam PAS adalah demi untuk mendapatkan keredhaan Allah semata, tanpa mendapat habuan dunia seperti gelaran YB, elaun dan sebagainya.

“Ada tu yang marah apabila tidak dipanggil YB”, katanya yang kesal dengan sikap sesetengah Yang Berhormat PAS. (www.PemudaGombak.com)

http://www.youtube.com/watch?v=2A_1czY3HaE

Ustaz Zulkifli mengakhiri ucapan perbahasannya dengan menyanyikan lagu tema PAS tanpa sebarang “pitching” yang tersilap (www.PemudaGombak.com)


Monday, June 1, 2009

SEMANGAT YANG HILANG...



1.Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

2.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.


3.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.


4.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.


5.
Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.


6.Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.


7.Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.


8.Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.


9.Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.


10.
Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.


11.Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.


12.Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.


13.Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA....!

p/s:sebetulnya mencari kata-kata semangat untuk diri sendiri juga ni. Doa saya mengiringi urusan semua..amin!