Friday, January 23, 2009

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum.....

Lama sekali tidak mengemas kini laman blog, namun bahang kegembiraan masih terasa sampai kini. Syukur kehadrat ALLAH s.w.t, Tuhan yang berkuasa memenangkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.Masih teringat-ingat betapa ramainya ahli PAS dan Pakatan Rakyat berhimpun di Kuala Ibai pada malam pengumuman untuk mengetahui keputusan yang sebenar. Dalam debaran, mereka yang bertugas mengharapkan agar ISLAM kembali bertapak di Kuala Terengganu, sejajar dengan gelombang kebangkitan rakyat yang semakin menjadi-jadi.

Berkat pengharapan kepada ALLAH, kerjasama yang jitu dikalangan Pakatan Rakyat iaitu PAS. PKR juga DAP, alhamdulillah kerusi Parlimen Kuala Terengganu diambil secara sahnya oleh Pakatan Rakyat melalui Hj Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2631 undi melalui peningkatan sokongan kaum Cina yang diberi hidayah oleh ALLAH dan juga pengundi muda di Terengganu yang mahukan anjakan paradigma dilakukan segera. Tamatlah sudah 'Perang Pilihanraya' di Kuala Terengganu, terima kasih kepada semua yang bekerja keras selama ini, semoga nilaian usaha kita untuk ISLAM mendapat di tempat di sisi ALLAH s.w.t.

Friday, January 16, 2009

KETIKA...


Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan. -IMAM SYAFIE-

FILISTIN RA'AKALLAH

ANA' L ABDU

PROVOKASI TIDAK CERDIK UMNO




Malam menjelang Pilihanraya PRK 036, sibuk membantu sahabat-sahabat untuk urusan kali terakhir sebelum esok menjelang. Tiba-tiba mendapat maklumat dari sahabat di luar yang memberitahu tentang provokasi UMNO yang sedang 'gila-gila' melakukan operasi meraih undi setelah merasakan yang mereka tidak mampu untuk meraih sokongan pengundi Kuala Terengganu kali ini.

Sahabat Narumi yang berada di bandar memaklumkan bahawa segerombolan mat rempit sedang berarak di Kampung Cina sambil membawa bendera PAS untuk melakukan provokasi agar pengundi-pengundi bukan Melayu terutamanya pengundi Cina merasa takut dengan 'sikap' orang PAS untuk meraih kemenangan. Ustaz Ya, antara otai PAS memberitahu kami tentang situasi serupa pernah berlaku pada tahun 1986. Natijahnya, pengundi Cina melabel PAS sebagai ganas dan sokongan terhadap PAS pada tahun tersebut telah mendadak jatuh dengan teruknya.



Melalui saat-saat akhir untuk perjuangan PRK kali ini, saya dan mungkin juga sahabat yang lain mengharapkan agar kami semua diberi kekuatan jiwa dan tenaga untuk membantu Pimpinan PAS dan jentera-jenteranya mencapai kemenangan dalam jihad kali ini. Terlalu yakin bakal menjadikan kita dalam zon yang selesa, berputus asa memungkinkan kita bersangka buruk dengan kuasa ALLAH. Semoga ALLAH membantu suara PAS dapat dibawa ke Parlimen dengan kredibiliti calon yang dipilih PAS dan Pakatan Rakyat. Bantulah kami Ya Allah, amin...!

Tuesday, January 13, 2009

RAYUAN KEPADA PENGUNDI KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Semoga sejahtera selalu hendaknya.

Tuan/Puan,

17 Januari 2009 adalah hari mengundi untuk P.036 Parlimen Kuala Terengganu. PAS meletakkan Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Bin Haji Endut sebagai calon. Tuan/Puan adalah pengundi yang akan menentukan kemenangan calon yang bertanding. Bagi kami, undi Tuan/Puan adalah tersangat penting. Jangan persiakan hak Tuan/Puan.
Wahai Para Pengundi! Sokongan Tuan/Puan amat kami harapkan. Marilah kita bersama meneruskan kebangkitan umat dan "Berubah Untuk Kemenangan Rakyat". Kami cukup yakin bahawa calon kami Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut mampu untuk melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dengan baik, jika dipilih nanti. Beliau telah berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk tempoh lima penggal berturut-turut.
Oleh itu, saya selaku Presiden PAS, dengan penuh hormat dan takzimnya sekali lagi merayu Tuan/Puan supaya kembali ke Kuala Terengganu untuk mengundi calon kami Tuan Haji Mohd Abdul Wahid bin Haji Endut pada 17 Januari nanti. Jangan hampakan permohonan kami. Bantulah perjuangan kami untuk masa depan Negara kita yang lebih baik. InsyaALLAH kami tidak akan persiakan amanah yang telah dibebankan kepada kami.
Kami doakan agar ALLAH memberikan taufik, petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk kita terus melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA. Semoga Tuan/Puan sentiasa berada dalam pemeliharaan dan mendapat keberkatan yang berpanjangan daripada ALLAH s.w.t
Wassalam.
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS
Tanggal : 13 Muharram 1430/10 Januari 2009

Sunday, January 11, 2009

MUSLIMAH HARI INI

Allah Taala telah menjadikan seluruh makhluk-Nya berpasangan. Demikian hakikatnya yang boleh dijadikan iktibar melalui kejadian Adam dan Hawa. Antara hikmahnya, agar kita memikirkan bahawa seorang hamba perlu mengakui ketidaksempurnaan yang terdapat pada dirinya dan melengkapkan kekurangan tersebut dengan perkahwinan. Tanpa kaum Hawa, tiada lelaki yang mampu memenuhi pejalanan fitrahnya. Masing-masing memiliki peranan dan tanggungjawab dalam menghiasi kehidupan di bumi Allah ini dengan harmoni.



Peranan mereka telah dijelaskan oleh Allah Taala sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ;

“..Wahai Manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam alaihissalam) dan daripadanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu..” - surah an Nissa':1, al Quranul Karim

Islam tidak pernah memperuntukkan hari yang khusus kepada manusia agar mereka menghormati kedudukan Hawa. Bahkan kaum Hawa sentiasa mendapat kedudukan yang mulia, dihormati dan dihargai, yang tidak ada pada agama lain kecuali agama Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud ;

“..Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amar makruf mencegah nahi mungkar, mendirikan solat , menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul..” - surah at Taubah:71, al Quranul Karim



Selain itu, kaum Hawa juga berperanan sebagai isteri dalam membentuk bi’ah solehah dalam keluarga seterusnya membentuk keluarga yang cemerlang. Firman Allah Taala yang bermaksud;


“..Sebab itu maka kaum Hawa yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita (kaum Hawa) yang kamu khuatir nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah tempat tidur mereka dan pukullah mereka kemudian jika meeka mentaatimu janganlah kamu mencari—mencari jalan untuk menyusahkannya..” - Surah an Nisa’:34, al Quranul Karim

Seterusnya, kaum Hawa juga merupakan bakal ibu yang berperanan mencorak kehidupan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini sebagaimana yang sedia dijelaskan oleh Allah Taala yang bermaksud ;


“..Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun iaitu bagi menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan, pakai kepada ibu dengan cara ma’ruf..” - surah al Baqarah:233, al Quranul Karim

Sesungguhnya pentaklifan dan amanah sebagai pendidik dan pengasuh, terpundak ke atas semua khalifah Allah di atas muka bumi ini tidak kira lelaki mahupun wanita, tidak mengira pangkat dan darjat sekalipun. Firman Allah Taala yang bermaksud ;

"..Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan mencegah dari mungkar serta beriman kepada Allah..” - surah al Imran: 110, al Quranul Karim

Muslimah hari ini, marilah kita mengimbau dan menghayati perjalanan hidup Sahabiyyat di zaman Rasulullah salallahualaihi wasalam. Mereka adalah model kaum Muslimah dalam menjunjung amanah risalah yang dibawa oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam. Mereka berperibadi mulia dan memainkan peranan yang tinggi kepada agama. Semangat mereka yang kuat dan daya juang yang tinggi untuk mempertahankan Islam, dapat kita rasai hingga ke saat ini biarpun mereka telah lama meninggalkan kita.

Muslimah hari ini perlu mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sebaiknya di setiap sektor dan sudut yang memerlukan peranan Muslimah. Antara persediaan yang perlu dilakukan ialah dari sudut thaqafah serta kefahaman ilmu Islam secara mendalam. Ini kerana, kita merupakan rujukan kepada masyarakat kelak, lebih-lebih lagi gejala sosial yang kian merumit sekarang. Keperibadian berbudi dan akhlak yang baik perlu ditonjolkan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para isteri Baginda salallahualaihi wasalam.

Hakikat ini perlulah disedari oleh Muslimah hari ini dengan melakukan anjakan paradigma, mengambil peluang yang ada dalam menjayakan misi dan visi Islam ini. Ayuh, Muslimah hari ini bangkitlah membuat satu perubahan! Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia merubah diri mereka sendiri. Sedarlah Muslimah hari ini, peranan kita amat besar dan berat. Selembut-lembut wanita, kita juga mampu berperanan sebagai agen reformis masyarakat ke arah pembentukan generasi yang cemerlang.

p/s: Segan sebenarnya untuk menerbitkan posting ini, namun hakikat kebenaran x boleh disembunyikan, jika disembunyikan bilakah akan diketahui kebenaran itu? (petikan kata As-Syahid Dr Abdullah Azzam..). Maka dengan itu kepada yang berkenaan berdoalah agar ALLAH memberi yang terbaik kepada kita dan jadilah kita semua redha dengan kehendakNYA, wassalam. ('',)


sumber:PMRAM

SYED QUTB MENOLAK ISLAM HADHARI



Ketika mengarang ini, rumah di desa sedang berusrah. Dan, tatkala menyelak-nyelak pustaka rumah yang termuat di dalamnya buku-buku usrah, saya terlihat kitab Syed Qutb, Maalim fit Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang diterjemah dalam bahasa Melayu. Lalu dalam bab Islam Adalah Tamadun (al-Islam Huwa al-Hadharah), penulis yang amat terkenal dengan ketajaman mata pena itu menulis mengenai Islam sebagai berikut:

(Saya menitipkan beberapa perenggan dengan melompat-lompat dan tidak tersusun..)

'Masyarakat Islam' ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam: akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup.

Manakala masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tatasusila.

'Masyarakat Islam' bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka 'MUSLIM' sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah.

'Masyarakat Islam' dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat 'jahiliyah' dalam segala bentuknya adalah masyarakat 'songsang.'

'Islam Hadhari' dalam fahaman Syed Qutb

Maka.. pengarang Syed Qutb kembali menyambung hujahnya..

Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang masih di dalam percetakan.

Buku itu asalnya berjudul: 'Menuju masyarakat Islam yang bertamadun', tapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan 'bertamadun' dan judul buku itu diubah menjadi 'Menuju Masyarakat Islam' saja.

Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair (Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis.


Beliau lantas menulis sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan beliau 'operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa.'

Beliau menyatakan kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang sebenar.

Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih serupa dengan cara berfikir beliau.

Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah persoalan definisi 'tamadun' sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di dalam kepala beliau.

Syed Qutb mengaku tersilap dan jujur membetulkan kesilapannya
Akhirnya, Syed Qutb dengan penuh kejujuran, telah mengaku bahawa beliau sendiri telah terkeliru dengan konsep tamadun.

Maka, di atas kesilapan itu, beliau dengan mudah membetulkan kesilapannya. Ini kerana, beliau berfikir, merenung dan mengarang dengan penuh kejujuran dan keikhlasan..

Saya (Syed Qutb) terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman.

Sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya.

Definisi 'tamadun' ala Eropah selalu sahaja bermain-main dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu.

Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi 'tamadun' dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan dengan agak luas.

Islam itu sendiri telah mengusung makna tamadun
Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran, 'Masyarakat Islam' adalah sebenar-benarnya masyarakat yang 'bertamadun'.

Dan pada akhirnya..Syed Qutb sendiri telah menarik satu kesimpulan sebagai berikut:

Perkataan 'bertamadun' sebenarnya tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu apa pun yang baru.

Wallahu'alam..

Kenapakah orang-orang seperti Syed Qutb ini dengan mudahnya mengaku kesilapannya sendiri? Pertamanya, beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan diri. Hidup dan matinya telah diwakafkan seluruhnya untuk kemerdekaan jiwa, demi Islam dan Muslimin.

Beliau tiada kepentingan siasah seperti Abdullah Ahmad Badawi. PM seperti Abdullah ada cita-cita politik ketika membawa Islam Hadhari di dalam Perhimpunan Agung Umno dan ini membuktikan bahawa Abdullah tak jujur dan ikhlas dengan Islam Hadhari.

Pada tahun baru yang bakal menjelang sebentar sahaja lagi, dan bersempena Maal Hijrah ini, tulisan ini menyeru kepada Abdullah supaya bersikap ikhlas di dalam menerajui pemerintahannya.

Jika didapatinya ada kesilapan seperti mana Syed Qutb, maka dengan jujur hendaklah dia menggugurkan kalimat Islam Hadhari itu dan gunalah istilah lain seperti Muslim Hadhari atau apa-apa saja istilah bagi tujuan membetulkan dan membatalkan khilaf terdahulu.

Janganlah Abdullah risaukan sangat bahawa nantinya umat Islam di Malaysia akan mengejek-ejeknya pula di atas kesilapan tersebut. Itu tidak mengapa. Syed Qutb dengan rela dan ikhlas telah mengaku khilafnya. Tiada manusia sempurna.

Paling penting, gugurkanlah PPSMI ini. Abdullah sendiri tahu bahawa PPSMI ini adalah dasar yang batil. Yang menyebabkan Abdullah masih lagi pertahankan PPSMI, mungkin ini disebabkan oleh keegoannya.

Atau, andaian kedua, mungkin beliau masih takut dan gementar kepada Tun Dr Mahathir yang mengasaskan PPSMI tersebut. Wahai Abdullah, ikhlaskan dirimu mentadbir urusan-urusan kehidupan kami; warganegara Malaysia seluruhnya.. Wallahu'alam..

9:36 p.m, 31 Disember 2008
Sekolah Pemikiran Pendang _

Sunday, January 4, 2009

NARUMI DI TAKBAI?

Balik ke Terengganu menjenguk persiapan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, P036. Meriah yang teramat sangat. Ramai agaknya kontraktor yang menjadi kaya sekelip mata. Apa tidaknya, saya lihat banyak jalan yang berturap dengan tar. Jalan Panji Alam misalnya, Jalan di Wakaf Mempelam (sampai kereta kawan saya tersangkut, huhu) dan yang baru saya lihat, Bukit Besar pun bakal berwajah baru. Kerja-kerja menurap sedang rancak dijalankan, negeriku Terengganu kembali berseri-seri, tapi itulah...pembangunan segera untuk meraih undi.

Disana sini juga kelihatan segerombolan polis (dimaklumkan hampir 10000 orang) berkampung di Terengganu sempena pilihanraya kali ini. "Perkampungan Polis" dapat dilihat di Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Siap dengan Polis FRU lagi. Dengan suasana Monsun Timur Laut Disember ni, cuaca agak mendung. Paling mengharukan maklumat terkini yang saya terima, Pos Pengawal Polis ini diletakkan berhampiran dengan Markaz PAS, agaknya mereka takut orang-orang PAS ni jadi ganas bila tiba hari bersejarah nanti, maklumlah orang PAS Terengganu selalu sahaja dicop ganas, brutal bla..bla..bla. Paling ajaib, rumah keluarga sahabat saya yang mana bapa beliau merupakan antara pimpinan PAS cawangan berhadapan dengan Pos Polis yang baru dibina beberapa hari.



Almaklumlah, kawasan tersebut ibarat kawasan putih bagi PAS dan kawasan hitam UMNO, DUN Wakaf Mempelam, dibawah teraju Hj Wahid Endut sebelum ini. Sempat sahabat-sahabat saya yang lain memperli, kalau berlaku juga kecurian, siap la polis lepas ni. Mana taknya, rasa-rasa saya, tandas awam di Kuala Terengganu tidak sebanyak pondok polis segera yang wujud sekarang, itulah yang dikatakan resam Rejim UMNO di Terengganu.Saya tak pasti hal ini kelihatan bodoh atau pemimpin yang mengarahkan proses tersebut bodoh (maaf la bunyinya nampak kasar, kalau halus nanti tak perasan pula..hihi).

Adakah kelihatan ramai pengganas di Kuala Terengganu (muka saya ni nampak macam pengganas juga ke? huhu) atau mereka sekadar takur pada bayang-bayang sendiri. Terpulanglah pada kalian, kami tidak gentar menghadapi cubaan itu insyaALLAH kerana kami yakin ALLAH matlamat utama. Kalau takdirnya kena berperang juga seperti kes di Batu Buruk atau Rusila selepas ini, kami warga Kuala Terengganu menerimanya. Apa yang penting kami akan taat dan patuh pada arahan pimpinan waktu susah mahupun senang. Sama-sama kita bermunajat memohon kekuatan daripada ALLAH untuk menghadapinya, wassalam.

Friday, January 2, 2009

AMANAT PRESIDEN PAS : Taati Arahan Pemimpin


"Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar 'amanat' kena taat dan patuh."

PAS sebuah parti gerakan yang mempunyai asas dan dasar Islam perlu difahami bahawa segala usaha dan kerja-kerja bersumberkan al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan serta panduannya.Justeru itu, kerja-kerja bagi memenangkan perjuangan Islam perlu berterusan sama ada di masa senang mahu pun ketika susah dan PAS kini akan berhadapan dengan satu Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu yang bakal diadakan pada 17 Januari ini bagi memilih seorang ahli parlimen baru untuk membawa suara rakyat dan suara Islam.

Lantaran itu Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memperingatkan ahli, penyokong serta pendokong perjuangan PAS agar tetap teguh dengan Islam serta bersama dengan gerakan tersebut baik ketika berada dalam kesenangan mahu pun kesusahan.Katanya, ahli PAS yang faham serta mendokongi perjuangan Islam perlu mentaati arahan kepimpinan yang dibuat secara kolektif dan syura.

"Taat diwaktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat. Apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin."Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar �amanat� kena taat dan patuh," tegasnya ketika pada Majlis Amanat Pilihan Raya Kecil P036 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, baru-baru ini

Ustaz Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS bukan sahaja berdepan dengan sebuah parti Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam setiap kali pilihan raya tetapi berdepan dengan sebuah kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri serta dibantu dengan jentera-jentera dan agensi kerajaan.Katanya, menjadi cabaran kepada PAS yang berusaha memperjuangkan Islam terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan karenah dalam politik di negara ini dan sangat besar pahala di sisi Tuhan jika ahli-ahli PAS dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam melalui kempen dan penerangan.

"Jika kita (PAS) dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam sangat besar pahalanya. Balasannya lebih mahal dari harga sebuah kenderaan yang paling mahal di dunia ini."Jika kita berkempen dan orang dengar kempen kita dapat pahala, kita kempen dan orang marah kita dapat pahala. Semua dapat pahala,� ujarnya.Dato� Seri Abdul Hadi turut memberi peringatan bahawa agama Islam kini dicabar oleh musuh-musuh dari segenap penjuru. Menurutnya, umat Islam kini berada di zaman berpegang dengan agama laksana 'berpegang' dengan bara-bara api.

"Kini agama Allah SWT dicabar dari musuh yang datang dari segenap penjuru. Kita berada di zaman berpegang dengan agama laksana berpegang dengan bara api. Satu zaman yang mencabar untuk melaksanakan kerja Islam," jelasnya.

Thursday, January 1, 2009

AKHIRNYA.....

Alhamdulillah, akhirnya terlerai juga persoalan tentang siapa yang bakal menjadi wakil PAS dalam Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu, P036. Dia merupakan ADUN Wakaf Mempelam dan juga YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu. Nak tahu siapa dia? Cuba lihat gambar dibawah:


Kenal ke tidak siapa dia? Itulah dia calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu 2009. Dah, jom pakat-pakat gi buat kerja, dah tak sampai 2 minggu lagi nak ngundi!